UtamaPOLITIKAnthony Loke kata pemandu...

Anthony Loke kata pemandu e-hailing dapat berpuluh ribu sebulan? - pakdin.my

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Kementerian Pengangkutan tidak akan bertolak ansur kepada mana-mana pemandu perkhidmatan e-hailing berkaitan keperluan untuk mendapatkan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) menjelang Julai tahun depan.

Jika mereka enggan berbuat demikian, pemandu-pemandu perkhidmatan e-hailing tidak akan dibenarkan lagi menggunakan perkhidmatan tersebut.

Menurut beliau;
“Sekiranya anda memperoleh puluhan ribu ringgit sebulan, tidak ada alasan untuk tidak mendapatkan PSV. Pemandu teksi ‘menembak’ saya.”

Anthony dipetik berkata demikian kepada media selepas pelancaran perjalanan tanpa had pada hari Sabtu.

Namun adakah beliau sedar rata-rata pemandu e-hailing yang membawa secara sepenuh masa hanya akan mendapat anggaran antara RM3,000 hingga RM4,000 sahaja sebulan?

Manakala bagi pemandu e-hailing yang membawa secara berterusan dengan rehat yang sedikit boleh memperolehi sekitar RM5,000-6,000 sebulan, bukannya berpuluh ribu ringgit.

Siapa yang membekalkan data tidak tepat kepada beliau yang hanya menjejaskan kredibilitinya sebagai Menteri Pengangkutan?

Kenapa menteri-menteri Pakatan Harapan semakin ramai membuat kenyataan mengarut termasuk ada yang menyarankan penoreh menoreh getah pada musim tengkujuh?

Adakah pegawai-pegawai di keliling mereka ini tidak memberikan data terperinci dan menyemak berkali-kali sebelum Menteri mereka mengeluarkan sebarang kenyataan?

Jika tiada data terperinci sekalipun, seorang menteri yang bijak (baca: tidak bodoh) mampu berfikir secara logik bahawa mustahil seorang pemandu e-hailing boleh mendapat sehingga berpuluh ribu ringgit sebulan.

Atau adakah tekanan daripada persatuan dan pemandu-pemandu teksi sebegitu hebat sehingga menjejaskan logik berfikir Menteri Pengangkutan?

Apakah dosa pemandu-pemandu e-hailing sehingga digasak sebegitu rupa?

Pernahkah Anthony terfikir bahawa perkhidmatan e-hailing ini telah banyak membantu masalah pengangguran dan masalah berhutang rakyat Malaysia yang selama ini tidak mempunyai jalan keluar apabila berhenti atau diberhentikan kerja?

Hanya dengan memanfaatkan kereta masing-masing, masalah tidak bekerja dan membayar kereta juga selesai tanpa meminta bantuan dan menyusahkan sesiapa hatta kerajaan.

Sedangkan pengguna-pengguna iaitu para penumpang memilih perkhidmatan e-hailing semata-mata kerana satu perkara sahaja iaitu;

Perkhidmatan e-hailing lebih baik dari perkhidmatan teksi dalam segenap perkara.

Kalau benar Anthony melayan pemandu teksi dan e-hailing secara sama rata, beliau wajar menguatkuasakan pula syarat-syarat beroperasi dan disiplin yang ketat ke atas setiap pemandu teksi sama seperti perkhidmatan e-hailing.

Barulah persaingan sihat namanya.

Namun apakah pula hebatnya pemandu-pemandu teksi sehingga Menteri Pengangkutan terpaksa ‘akur’ dengan tuntutan mereka?

Kenapa perkhidmatan teksi yang menyumbang kepada kritikan sejak sekian lama ingin dipertahankan oleh sang menteri sedangkan perkhidmatan teksi itu sendiri wajar ditambah baik dalam segenap perkara?

Sedangkan perkhidmatan teksi itu sendiri perlu melalui dua transformasi utama iaitu;

• Transformasi sikap dan disiplin pemandu-pemandunya
• Transformasi perkhidmatan yang menyamai perkhidmatan e-hailing yang ketat yang lengkap dengan ‘rating’ pemandu, ‘cancellation rate’ dan ‘acceptance rate‘, pembatalan dan penahanan perkhidmatan jika melanggar syarat perkhidmatan

Jika tidak, nampaknya Anthony Loke selaku Menteri Pengangkutan tidak mahu atau sebenarnya tidak mampu menyelesaikan masalah yang telah lama berlanjutan antara perkhidmatan teksi dan e-hailing.

Yang jelas, beliau hanya pandai ‘tembak’ dan ‘menghukum’ pemandu-pemandu e-hailing kerana takutkan pemandu-pemandu teksi ‘menembak’ beliau.

Inilah mentaliti cara Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyelesaikan masalah. – Editor Malaysia

https://pakdin.my/tag/grab

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...