OPS Sikap 24 Bermula Hari Ini - pakdin.my

OPS Sikap ke-24 membuka tirainya hari ini dengan matlamat mengurangkan kadar kemalangan di musim perayaan ini.

Dengan kekuatan paling ramai mencecah 10 ribu, anggota polis trafik mula ditugaskan di lokasi-lokasi strategik bagi memantau pergerakan kenderaan yang dijangka meningkat menjelang hujung minggu ini.

Seawal jam lapan pagi lagi sepasukan anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara dengan kekuatan anggota seramai 28 orang sudah mula bertugas.

Tiga lokasi panas kerap berlaku kemalangan maut menjadi tumpuan .

Antaranya, Jalan Kapar, Jalan Meru dan Lebuh Raya Selat Klang Utara.

Pemantauan dilakukan dengan rondaan bermotosikal dan kereta peronda.

Ia bagi mengesan pemandu yang melanggar peraturan lalu lintas serta mengambil tindakan terhadap penunggang atau pembonceng motosikal yang tidak memakai topi kaledar.

Sehingga 6 petang tadi sejumlah 74 saman dikeluarkan membabitkan kesalahan seperti tidak memakai topi kaledar, tiada lesen memandu, menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta melanggar lampu isyarat merah.

Kaunter pemeriksaan turut didirikan di pekan Kapar dan pekan Meru bagi melancarkan perjalanan operasi.

UTAMABERITAOPS Sikap 24 Bermula Hari Ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium