Lebih 21,500 hilang pekerjaan tahun ini, kata menteri rejim PH - pakdin.my

Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran berkata 21,532 orang kehilangan pekerjaan di seluruh negara dari 1 Januari hingga 7 Disember tahun ini.

“Sejumlah besar daripada 7,755 pekerja yang kehilangan kerja adalah mereka dari 3 kategori profesion teratas yang bergaji tinggi iaitu pengurus, profesional dan juruteknik dan profesional bersekutu yang memerlukan diploma dan ijazah untuk kelayakan diterima bekerja,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan di Parlimen hari ini.

“Ketiga-tiga kategori ini terhad dan mereka juga perlu bersaing dengan graduan baharu,” tambahnya.

Kira-kira separuh daripada mereka yang kehilangan pekerjaan di Semenanjung tahun ini adalah pekerja di Lembah Klang, katanya.

Beliau berkata perubahan dalam industri dan kadar pasaran pekerjaan yang pesat antara penyumbang utama 5,902 atau 27.4% pekerja di Selangor dan 4,767 atau 22.1% pekerja di Kuala Lumpur kehilangan pekerjaan.

“Jumlah ini diikuti oleh Johor (2,536 atau 11.8%) dan Pulau Pinang (1,328 atau 6.2%) pekerja. Ada banyak faktor yang menyebabkan pemberhentian pekerja dan sesetengah daripadanya hanya disebabkan oleh kitaran kerja,” katanya.

Kulasegaran juga menjelaskan mengenai usaha yang dijalankan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk membantu mereka yang diberhentikan kerja kembali ke tenaga kerja.

“Sehingga 7 Disember, Bahagian Perkhidmatan Tenaga Kerja Perkeso berjaya membantu 6,292 orang kembali bekerja, dalam pelbagai pekerjaan dan industri,” kata beliau.

UTAMAEKONOMILebih 21,500 hilang pekerjaan tahun ini, kata menteri rejim PH

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium