RTM: Mufti Kelantan pula disekat? - pakdin.my

Mufti Kelantan digugurkan dalam slot petang di RTM selepas lantang menegur setiap tindakan kerajaan yang bercanggah dengan norma agama Islam.

Selepas 10 pendakwah tidak digalakkan bersiaran di televisyen mahupun radio, kini giliran Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad pula menerima nasib sama apabila namanya dipercayai sudah digugurkan dalam slot petang Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kota Bharu-Kelantan FM.

Menurut sumber, nama Mohamad Shukri termasuk dalam senarai tujuh penceramah di slot tersebut yang digugurkan dan sudah digantikan dengan senarai nama baharu. Malah, tindakan itu dipercayai akibat kelantangan beliau menyuarakan pandangan kerana menegur setiap tindakan kerajaan yang bercanggah dengan norma agama.

Mohamad Shukri ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu sebaliknya meraikan sesiapa sahaja pendakwah di negara ini kerana perkara paling penting adalah mesej Islam dapat disampaikan dengan berkesan.

“Sesiapa ada kemampuan dan kebolehan menyampaikan mesej Islam kita mengalu-alukan mereka. Jadi, sesiapa yang tersenarai mungkin lebih baik kerana apa yang paling penting mesej tersebut dapat disampaikan kepada masyarakat,” katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan sepucuk surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia mengesahkan dakwaan baru-baru ini, seramai 10 pendakwah didakwa tidak lagi digalakkan ke udara sama ada melalui televisyen dan radio mulai Januari 2019.

Surat itu juga memaklumkan, 20 penceramah boleh bersiaran di platform tersebut dan turut memaklumkan pihak Jabatan Perdana Menteri telah membuat tapisan daripada segi kelayakan, kelulusan, kepakaran serta pentauliahan penceramah tersebut.

Antara penceramah itu ialah Zolkharnain Abidin Al Hafiz, Wan Subki Wan Salleh, Nik Omar Nik Abdul Aziz, Azrul Hakim Suradi, Che Ibrahim Che Mohamed, Mohamad Uda Kasim, Abdullah Shahir, Mohd. Fauzi Zakaria dan Izaz Ismail.

UTAMAPOLITIKRTM: Mufti Kelantan pula disekat?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium