Golongan Muda Jangan Ketepikan Isu Ekonomi, Kata Mukhriz - pakdin.my

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini berkata golongan muda jangan mengetepikan isu-isu ekonomi kerana ia ada kaitan langsung dengan keadaan politik negara.

“Saya risau antara sebab saya bangkitkan perkara ini di majlis kita hari ini…saya rasakan bahawa ramai di kalangan orang muda yang tidak berminat dengan ekonomi kerana mereka mungkin fikirkan bahawa ekonomi itu tiada kaitan secara langsung kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Mahasiswa anjuran Alumni Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2011/12 UiTM dengan kerjasama Kelab Umno United Kingdom.

Golongan muda nampaknya lebih tertarik kepada isu-isu berbangkit di dalam suasana politik negara pada ketika ini di mana pihak pembangkang mengambil kesempatan daripada isu-isu berkenaan, katanya.

Mukhriz berkata: “Saya ingatkan perkara-perkara yang berlaku di banyak negara sudah tentu ia ada kaitan secara langsung kepada ekonomi apabila rakyat sesebuah negara merana contoh macam di Somalia katakan sebagai contoh ia memberi impak politik yang besar kepada negara tersebut.”

Katanya di Malaysia kerajaan memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi dengan harapan pembangunan yang kerajaan usahakan itu akan terus dapat menjamin kestabilan politik negara.

Beliau juga berkata dengan adanya majlis ramah mesra pada hari ini memberi peluang kepada pemimpin kerajaan untuk mendekatkan diri dengan golongan muda dan memberikan mereka kefahaman mengenai dasar kerajaan.

UTAMABERITAGolongan Muda Jangan Ketepikan Isu Ekonomi, Kata Mukhriz

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium