Saturday, June 22, 2024
28.6 C
Kuala Lumpur

Peristiwa memberi pengajaran

Ulama Tidak Boleh Kompromi Isu Akidah Dan Syariah, Kata Mufti Perak

Ulama di negara ini tidak kira dari mana-mana fahaman politik seharusnya tidak berkompromi sekiranya timbul isu akidah dan syariah di kalangan umat Islam, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata ulama perlu mengetepikan pendirian politik masing-masing dan segera bertindak sekiranya melihat sesuatu keburukan berlaku.

“Sepatutnya jika bersangkut dengan soal akidah dan syariah ulama tidak boleh ada pendirian nak masuk parti mana, dia kena tampil ke depan dan nyatakan kebenaran, itulah sikap ulama,” katanya selepas mengambil bahagian dalam wacana bertajuk “Ulama politik untuk dakwah atau parti?” di Kompleks Karangkraf di sini Rabu.

Turut mengambil bahagian dalam wacana itu ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jayaha manakala bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertindak selaku moderator.

Harussani berkata perbezaan pendapat dalam parti seharusnya ada dan tidak salah tetapi perlu dielakkan sekiranya ia membawa kepada kehancuran.

“Kita berbeza dari segi politik tidak apa, tiada masalah tetapi jangan sampai berbeza sehingga menghukum orang itu kafir dan sebagainya, itu tidak boleh. Nak ubah sesuatu rumahtangga pun ada nabi yang tidak berjaya seperti Nabi Nuh dan Nabi Lut, ia tidak semudah itu.

“Sebab itu tugas kita menyampaikan dan kemudian terserah kepada Allah, kita sebagai ulamak hendaklah mengikut cara betul dan bahaslah dengan baik dan sempurna supaya jangan sampai berpecah. Tetapi sekarang saya lihat perpecahan (berlaku),” katanya.

Ditanya sama ada wajar ulama di negara ini meninggalkan fahaman politik masing-masing dan duduk bersama bagi mencari penyelesaian terbaik berhubung isu perpecahan di kalangan umat Islam, Harussani berkata ulama di negara ini sememangnya bersatu dan mempunyai hubungan yang baik, cuma ada pihak tertentu seperti pengikut masing-masing yang tidak bersikap demikian.

Mengenai isu pemeriksaaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lepas, beliau berkata orang Islam wajib berjihad dan mempertahankan tindakan itu.

“Isu akidah kita tidak boleh tolak ansur. Dalam Perlembagaan Persekutuan kita tertulis tidak boleh mengkristiankan orang Islam maka kita wajib pertahankan, kalau tidak berjihad habislah (bangsa) kita,” katanya.

Terdahulu, bercakap pada wacana itu, Harussani berkata golongan ulama boleh menyertai politik dan tugas mereka ialah untuk memberi khidmat nasihat dengan cara yang betul serta tidak melanggar hukum agama.

Beliau juga berkata ulama yang baik dan mengikut landasan yang betul tidak akan menggunakan masjid untuk mengutuk individu lain.

“Kalau kutuk sana sini itu bukan ulama tetapi syaitan, sebab itu saya cakap jangan politik dalam masjid. Nabi Muhammad SAW dulu bukan berpolitik dalam masjid tetapi hanya menyampaikan syariat Islam tetapi kita sekarang bukan menyampaikan syariat tetapi berkelahi, berpuak-puak,” katanya.

Hot this week

[VIDEO] MH199 berpatah balik ke Hyderabad susulan masalah enjin

Syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengesahkan penerbangan MH199 dari Hyderabad ke Kuala Lumpur hari ini terpaksa berpatah balik ke Hyderabad.

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada Jumaat (14 Jun).

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Kerja pembinaan jambatan baharu Thailand-Malaysia di Sungai Golok akan dimulakan pada April 2025

Jambatan Berkembar, projek pembinaan besar-besaran di Rantau Panjang-Sungai Golok, dijangka bermula pada April 2025.

Topics

Jet Flydubai membuat pendaratan kecemasan di U-Tapao Thailand

Sebuah pesawat flydubai dari Dubai ke Filipina melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang U-Tapao di Rayong, Thailand pada awal pagi Sabtu 15 Jun 2024 selepas peralatan pendaratannya gagal digunakan.

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kebakaran di pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting

Sebuah bangunan di Resorts World Genting di Genting Highlands terbakar petang 14 Jun 2024.
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img