Hotel tampal logo halal tapi menyediakan hidangan daging babi - pakdin.my

HOTEL Flemington yang terletak di Taiping, Perak, diserbu kerana menyajikan babi meskipun ia mempamerkan logo Halal pada premis restorannya.

Serbuan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ke atas hotel itu menemui bukti-bukti pelanggaran Perkara 4.8 (xv) manual prosedur pensijilan halal Malaysia 2014.

Antara yang ditemui, selonggok kaki haiwan dipercayai babi dalam mangkuk di dapur memasak.

Turut ditemui makanan dalam tin berunsur babi, di dalam kawasan dapur berkenaan.

Justeru pihak berkuasa mengambil tindakan menurunkan logo Halal yang ditampal pada dinding premis restoran hotel berkenaan.

Pengarah Jaipk, Datuk Mohd Yusop Husin dilapor telah mengesahkan perkara itu, dan memaklumkan bahawa pengiktirafan sijil Halal yang diterima restoran hotel berkenaan telah ditarik balik serta-merta.

“Kita nak bagi peringatan kepada mana-mana pengusaha supaya mematuhi arahan yang ditetapkan. Begitu juga pengguna kena pastikan premis tersebut ada sijil Halal yang sah,” katanya.

UTAMABERITAHotel tampal logo halal tapi menyediakan hidangan daging babi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium