Siapa bakal dipilih Yang di-Pertuan Agong? - pakdin.my

Majlis Raja-Raja dijangka bermesyuarat dalam tempoh terdekat bagi memilih dan melantik Yang di-Pertuan Agong yang ke-16 selepas pengumuman peletakan jawatan oleh Sultan Muhammad V petang tadi,

Mengambil kira jadual persidangan Dewan Rakyat pada 11 Mac depan, kemungkinan pemilihan tersebut dibuat sebelum tarikh tersebut kerana Yang di-Pertuan Agong lazimnya akan merasmikan pembukaan persidangan Parlimen.

Bagaimanapun, mengikut prosedur, jika berlaku kekosongan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan jawatan itu.

Kini, tumpuan tentu kepada prosedur dalam menentukan pemilihan Yang di-Pertuan Agong baharu oleh Majlis Raja-raja mengikut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pula akan menyembah syarat kepada setiap Raja bagi memohon perkenan sama ada Baginda berhasrat dicalonkan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, Raja-raja yang tidak berhasrat dipilih hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan negerinya akan diletakkan di tempat akhir sekali dalam senarai pencalonan pada masa itu.

Mengikut konvensyen, Yang di-Pertuan Agong dipilih berdasarkan sistem penggiliran setiap lima tahun.

Menurut senarai, giliran seterusnya adalah Pahang. Namun Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah tidak sihat dan takhta kini dipangku anaknya Tengku Abdullah.

Tengku Abdullah pula hanyalah pemangku dan bukan sultan secara rasmi.

Jika Majlis Raja-raja memutuskan ia tidak boleh memilih Yang di-Pertuan Agong baru dari Pahang, giliran seterusnya adalah Johor yang diperintah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Negeri selepas Johor adalah Perak.

Sultan Muhammad V letak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15
https://pakdin.my/sultan-muhammad-v-letak-jawatan-sebagai-yang-di-pertuan-agong-ke-15/

Berita dari Istana Negara: Mahathir terdesak, cuba halang Sultan Johor ditabal sebagai Yang Dipertuan Agong
https://pakdin.my/berita-dari-istana-negara-mahathir-terdesak-cuba-halang-sultan-johor-ditabal-sebagai-yang-dipertuan-agong/

Kempen memburukkan Raja-Raja sudah bermula
https://pakdin.my/kempen-memburukkan-raja-raja-sudah-bermula/

UTAMABERITASiapa bakal dipilih Yang di-Pertuan Agong?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium