JAIS & KPDNHEP Serbu Ameer Corner, daging diperolehi dari pembekal tiada sijil halal - pakdin.my

JAIS dan KPDNHEP mendapati pemilik restoran guna tulisan jawi serta ayat al-Quran untuk ‘menipu’ pelanggan kononnya kedai makan Islam

Sebuah restoran di Seksyen 25, Shah Alam – yang menggunakan nama Islam dan tulisan jawi pada papan tandanya – diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), gara-gara laporan polis dibuat pemiliknya terhadap lelaki yang menampar pekerjanya.

Kejadian bermula apabila pekerja restoran terbabit ditampar kerana menegur pelanggan menghisap rokok di dalam premis berkenaan.

Pemilik restoran itu yang tidak puas hati membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Malangnya, laporan itu membongkar siapa sebenarnya pemilik restoran ‘Islam’ itu – bukan muslim – dan cuba mengelirukan pelanggan dengan menggantung ayat al-Quran di dalam premisnya.

Berikutan itu, sepasukan anggota Bahagian Pengurusan Halal JAIS dan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, melakukan serbuan, semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati semua pekerja restoran itu, termasuk tukang masaknya, bukan Islam. Hanya dua pekerja sahaja beragama Islam.

Sumber memberitahu, terdapat ayat al-Quran yang digantung di belakang kaunter restoran terbabit dan di sebelahnya tergantung bungkusan kuning disyaki peralatan pemujaan penganut Hindu.

Pemeriksaan juga mendapati kebersihan premis tidak memuaskan dan bahagian pemprosesannya terlalu kotor, sementara bahan mentah, serta peralatan memasak diletakkan di atas lantai.

“Produk daging juga diperoleh daripada pembekal yang tidak mempunyai sijil halal dan tidak berlabel. Pemilik premis diarah mendapatkan daging yang mempunyai sijil halal.

“Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dijalankan, kedua-dua pemilik restoran terbabit tiada di lokasi kejadian,” kata sumber itu yang mengesahkan premis terbabit diberi tempoh tujuh hari untuk mematuhi arahan dan perintah dikeluarkan.

Ketika dihubungi hari ini, pegawai JAIS mengesahkan pemeriksaan yang dilakukan di restoran terbabit. – Utusan Malaysia

Rujukan:
Netizen berterima kasih kepada abang yang tampar pekerja Ameer Corner
https://pakdin.my/netizen-berterima-kasih-kepada-abang-yang-tampar-pekerja-ameer-corner

UTAMABERITAJAIS & KPDNHEP Serbu Ameer Corner, daging diperolehi dari pembekal tiada sijil...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium