[Video] Kerana Minyak Masak, Cina Itu Naik Minyak - pakdin.my

Kenyataan oleh wanita yang dipukul oleh lelaki Cina kerana enggan menjual minyak masak lebih dari 3 paket.

Seorang juruwang wanita, Norasyra Aziz yang sedang menjaga kedai mini di Bayan Lepas, Pulau Pinang ditampar seorang lelaki kerana tidak dibenarkan membeli minyak masak satu kilogram lebih daripada dua peket.

Menurut wanita berkenaan dalam video yang viral di media sosial, lelaki tersebut mahu membeli minyak masak daripada sawit sebanyak tiga peket sedangkan setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli dua paket sahaja minyak yang diberikan subsidi tersebut.

“Dia masuk pusing-pusing, dia letakkan barang dekat sana. Kemudian dia kata, dia hendak tiga paket minyak masak.

“Saya kata tak boleh, sorang hanya boleh beli dua paket sahaja. Minyak paket pun ada sikit sahajakan. Kami nak beri pelanggan lain sama. Lepas tu dia tengking. Dia cakap perkataan kotor. Dia tak puas hati dia datang terus pukul saya,” kata Norasyra Aziz.

Menurut wanita itu, lelaki berkenaan menamparnya dengan kuat. Video dia ditampar yang dipercayai berlaku pada 8.40 pagi Selalsa turut tular di media sosial.

Sementara itu menurut The Star polis kini memburu lelaki berkenaan.

“Suspek tiba ke kedai untuk membeli tiga paket minyak masak, tetapi juruwang memberitahu pelanggan hanya dihadkan membeli dua paket seorang. Oleh sebab itu, mangsa mengalami kesakitan belakang dan gusar diugut oleh suspek,” kata Supt. A. Anbalagan

Untuk rekod ketika ini hanya minyak masak daripada sawit yang dipaket seberat satu kilogram diberikan subsidi 60 sen oleh kerajaan pada harga RM2.50.

Sementara bagi minyak masak sawit yang dibotolkan tidak mendapat sebarang subsidi.

LIHAT video:
https://youtu.be/FBMIh7R8yXk

…….
KES LELAKI BERBANGSA CINA MENAMPAR WANITA MELAYU Nama : TIA CHIN LOOI
No 122 Jalan Murni, Taman Desa Murni Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang.
MITSUBUTSHI 2.4L TRITTON KELABU
……..
Rujukan:
[Video] Jurujual wanita dipukul lelaki cina kerana enggan jual minyak masak paket lebih 3kg
https://pakdin.my/video-jurujual-wanita-dipukul-lelaki-cina-kerana-enggan-jual-minyak-masak-paket-lebih-3kg/

UTAMABERITA Kerana Minyak Masak, Cina Itu Naik Minyak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium