#PRKCameronHighlands: Laporan polis keatas rasuah politik telah dibuat tetapi penyebar gambar pula disiasat - pakdin.my

Walaupun laporan polis telah dibuat terhadap perlakuan rasuah politik dalam kempen PRK Cameron Highlands, SKMM hanya menyiasat penyebar gambar bukti perlakuan. Dalam masa yang sama mereka seolah-olah mempertahankan perbuatan rasuah politik.

Yang menyebar sudah tentulah mereka yang berada dalam program berkenaan. Bukannya diambil menggunakan drone atau cctv.

……………..

SKMM siasat pemilik FB sebar gambar individu beri wang

LIPIS 13 Jan. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang melakukan siasatan bagi mengenalpasti pemegang akaun Facebook dan individu yang terlibat dalam gambar pemberian duit yang dikatakan oleh jentera parti politik di dalam media sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata, siasatan dilakukan dahulu oleh SKMM sebelum tindakan lanjut termasuklah laporan polis dibuat.

“Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab, mungkin kadang-kadang diada-adakan bukan seperti tafsiran sebenar apa yang berlaku di dalam gambar itu.

“Bagi sedikit masa kita tunggu sampai dapat maklumat yang tepat baru kita akan terangkan keadaan sebenar,” katanya selepas melawat Bilik Gerakan PH Felda Sungai Koyan 3 di sini hari ini.

Pemuda UMNO hari ini mempersoal gambar seorang wanita mengagihkan wang kepada beberapa pemuda yang tular dalam media sosial hari ini.

Gambar tersebut yang dipercayai dirakam ketika Pakatan Harapan (PH) berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands memberi gambaran seolah-olah wujud elemen politik wang dalam kempen pakatan itu.

Sehubungan itu, Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendesak Suruhanjaya pilihan Raya (SPR) supaya menyiasat segera perkara tersebut.

https://pakdin.my/tag/prk-cameron-highlands

UTAMAPILIHAN RAYA#PRKCameronHighlands: Laporan polis keatas rasuah politik telah dibuat tetapi penyebar gambar pula...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium