Najib Lancar Unit Ambulans Kelab Putera 1Malaysia - pakdin.my

11 Ambulans Ditempatkan Di Lokasi Utama

Sebelas unit ambulans Biro Kecemasan Kelab Putera 1Malaysia akan ditempatkan 24 jam di beberapa lokasi panas di sepanjang lebuh raya seluruh negara, bermula Jumaat hingga 5 Sept depan, sempena cuti perayaan Aidilfitri.

Unit itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di perkarangan Bangunan Perdana Putra di sini.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata empat ambulans akan ditempatkan di lokasi tertentu sepanjang Tol Subang, Kuala Lumpur-Bukit Kayu Hitam; tiga ambulans di Tol Sungai Besi-Johor Baharu; dan empat lagi ambulans di Tol Gombak-Gua Musang.

“Setiap ambulans lengkap dengan kemudahan bantuan kecemasan dan 11 doktor sukarelawan bersama 66 anggota paramedik yang terdiri daripada pelajar kolej, bekas pelajar kolej dan bekas mat rempit,” katanya kepada pemberita.

Abdul Azeez berkata semua anggota paramedik itu sudah pun menjalani latihan intensif di kolej-kolej perubatan tertentu seperti Kolej Masterskill dan Kolej Islam Terengganu.

“Kita juga akan bekerjasama dengan dengan pihak lebuh raya, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk membantu sekiranya berlaku kemalangan,” katanya.

11 ambulan akan di tempatkan di beberapa lokasi utama sekitar lebuh raya bagi membantu operasi menyelamat ketika musim perayaan.

Ia sebagai sokongan kepada perkhidmatan sedia ada dan dijadikan sebagai salah satu tanggungjawab sosial atas inisiatif Kelab Putra 1Malaysia dengan kerjasama Maha Mas Medic Services Sendirian Berhad.

Kesemua 11 ambulan itu akan mula beroperasi bermula hari ini sehingga selesai Ops Sikap, 14 September depan.

Majlis perasmian dan pelepasan 11 unit ambulan Biro Kecemasan Kelab Putera 1Malaysia ini dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di perkarangan pejabat Perdana Menteri di Putra Perdana, siang tadi.

Perdana Menteri yang juga penaung kelab berkenaan kemudiannya turut dipertontonkan dengan demonstrasi bantuan kecemasan.

Hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman dan pengerusi kelab, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Apa yang unik, kumpulan paramedik yang ditugaskan adalah di kalangan belia berusia 18 hingga 25 tahun.

Kebanyakkan mereka adalah di kalangan individu yang pernah terlibat dengan kumpulan Mat Rempit dan telah diberi latihan paramedik di kolej-kolej kejururawatan swasta.

UTAMABERITANajib Lancar Unit Ambulans Kelab Putera 1Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium