Hishammuddin masih setia dengan UMNO – Najib - pakdin.my

Bekas Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Semberong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih lagi bersama UMNO, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut bekas Presiden UMNO itu, beliau bertanya sendiri kepada Hishammuddin selepas banyak khabar angin dan persoalan timbul susulan tersebar gambar beliau sekeluarga bercuti bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya nak beritahu bahawa beberapa hari lalu Datuk Hishammuddin memberitahu saya bahawa dia akan tetap kekal dalam UMNO. Jadi gambar-gambar dia bercuti dengan Azmin Ali dan sebagainya itu memberi macam-macam tafsiran.

“Tetapi saya tanya dengan terus terang, dia kata dia tetap akan kekal dalam UMNO,” kata Najib di Shah Alam, Isnin.

Najib juga menasihati Hsiahmmuddin supaya sayanglah hasil daripada UMNO yang merupakan darah daging dan tidak boleh buat sesuatu yang boleh menyebabkan parti itu rosak.

UTAMAPOLITIKHishammuddin masih setia dengan UMNO – Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium