2 Warga Bangladesh Didakwa Kerat Mayat Wanita Dan Bunuh Anaknya - pakdin.my

Di Mahkamah Sesyen Ampang, 2 lelaki warga Bangladesh didakwa atas tuduhan membunuh seorang wanita warga Indonesia yang mayatnya dikerat-kerat..

dan anak lelakinya berusia 2 tahun di sebuah pangsapuri di Taman Kosas, Ampang, bulan lalu.

Tertuduh, Abd Razak Tofazzalhossain, 29 tahun, didakwa membunuh Siti Sando, 35 tahun, di No 40, Tingkat 5, Blok Chrsyaa Astaria Apartment, Taman Kosas, Ampang, jam 11 pagi dan 5 petang 29 Julai lalu.

Abd Razak turut didakwa bersama-sama Mmd Ripin Mondal Krndaboss, 28 tahun, membunuh anak mangsa, Mohd Shukri, pada masa dan tempat yang sama.

Dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Sejurus dibacakan pertuduhan dalam Bahasa Malaysia, kedua-dua mereka menafikan tuduhan.

Majistret Wan Karimah Wan Ab. Ghani berkata, mahkamah hanya mahukan jawapan faham atau tidak daripada tertuduh.

Mereka kemudian menjawab “faham” dalam Bahasa Malaysia tanpa mahkamah merekodkan sebarang pengakuan.

Dan tertuduh ketiga Mosharof Hossain, 23 tahun, pada awal prosiding mengaku salah terhadap pertuduhan melupuskan mayat kedua-dua anak beranak itu.

Namun, selepas dijelaskan mengenai hukuman bagi kesalahan itu, tertuduh dilihat mulai ragu-ragu.

Ia menyebabkan Wan Karimah bertanya beberapa kali kepada tertuduh sama ada memerlukan bantuan jurubahasa Bangladesh.

Tertuduh akhirnya mengaku tidak memahami pertuduhan dan pengakuan salahnya sebelum itu tidak diterima.

29 September depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.

UTAMABERITA2 Warga Bangladesh Didakwa Kerat Mayat Wanita Dan Bunuh Anaknya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium