Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPerpaduan Nasional - Jangan...

Perpaduan Nasional – Jangan Lupa Sejarah - pakdin.my

Lahirnya apa yang dipanggil sebagai Rukun Negara selepas Tragedi 13 Mei dilihat sebagai satu usaha murni kerajaan untuk menangani konflik perkauman dengan secara telus.

Pengisytiharan Rukun Negara yang dibuat 31 Ogos 1970 diharap menjadi kunci untuk membuka jalan kepada usaha mewujudkan suasana keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“Rukun Negara ialah satu daripada piagam yang besar yang dihasilkan di negara ini yang terbahagi kepada dua, iaitu cita-cita dan prinsip, dan ini mendapat persetujuan daripada semua kaum pada masa itu.

“Rakyat Malaysia juga perlu mengambil berat dan menghayati falsafah di sebalik cita-cita dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jika mereka mahu kehidupan yang aman dan harmoni.

“Dalam masa yang sama kerajaan perlu menggerakkan kembali kempen untuk memberi kefahaman dan penghayatan terhadap Rukun Negara,” kata Datuk Omar Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) kepada Bernama dalam satu wawancara di sini baru-baru ini.

Rukun Negara berpaksikan kepada lima prinsip utama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan.

Intipati cita-cita Rukun Negara pula ialah ke arah mencapai perpaduan lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat, memelihara cara hidup demokratik, mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin cara hidup yang liberal dan melahirkan masyarakat progresif.

DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Omar juga merujuk kepada pelaksanaan dasar sosial ekonomi bersepadu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada 1970 menerusi Rancangan Malaysia Kedua untuk tempoh 20 tahun.

Menurut beliau, DEB adalah respons kepada 13 Mei bertujuan merawat penyakit dan kepincangan sosial serta ekonomi yang mendatari tragedi besar itu.

Di bawah dasar itu, masyarakat Malaysia disusun semula supaya ia menjadi lebih adil dengan sistem ekonomi diperbaiki untuk pembasmian kemiskinan semua kaum.

Langkah juga diambil bagi memastikan kekayaan negara dapat diimbangi dan diagih-agihkan secara lebih adil dan saksama khasnya antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Omar berpendapat DEB selepas 20 tahun pelancarannya mencapai kejayaan besar bagi semua kaum walaupun bagi Bbumiputera prestasinya tidak mencapai sasaran yang direncanakan.

“Namun demikian, DEB adalah instrumen paling efektif dalam membangun keyakinan masyarakat dan memperkasa kestabilan negara.”

JANGAN LUPA SEJARAH

Setelah lebih 40 tahun Tragedi 13 Mei berlaku, mungkin ramai yang ingin melupuskannya terus daripada ingatan mereka supaya igauan buruk peristiwa berdarah ini tidak menghantui kehidupan khususnya generasi muda negara.

Dalam hal ini, apa yang diperlukan ialah kesungguhan semua pihak memastikan sejarah hitam itu tidak berulang dan kita juga tidak memerlukan tragedi berdarah untuk mengajar kita betapa pentingnya erti perpaduan.

Namun perkembangan mutakhir membimbangkan Omar menjadikan beliau tidak begitu optimistik apabila diaju soalan prospek pencapaian perpaduan nasional.

Beliau menuding kepada apa yang disifatkannya sebagai “partisan politic” atau politik berat sebelah yang dianggapnya merosakkan sebarang usaha besar untuk kepentingan kebangsaan.

Keutamaan diberi hanya kepada politik kepartian walaupun ia jelas bertentangan dengan kepentingan negara.

“Partisan politic”, katanya, menyumbang kepada pergeseran kaum dan ini terbukti dalam tragedi 13 Mei.

“Segala-galanya dipolitikkan sehingga amat menyukarkan institusi negara dan badan pentadbiran berjalan dengan baik,” katanya.

Jika tekanan memperleceh institusi negara terus menerus dikempen oleh pembangkang lama kelamaan kewibawaannya akan terhakis dan akibatnya amat buruk.

“Keadaan sekarang menunjukkan ada bahagian masyarakat yang seolah-olah kehilangan kepercayaan kepada institusi kerajaan, tak percaya kepada polis, tak percaya kepada sistem kehakiman dan tak percaya kepada pemimpin kerajaan.

“Ini satu perkara yang dahsyat dan sindrom ketidak percayaan ini adalah satu penyakit besar kepada bangsa Malaysia. Inilah hasil permainan partisan politic,” tegasnya.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Omar lalu menggesa kerajaan mewajibkan semula pelajar dan mahasiswa memahami sedikit sebanyak perkara pokok dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Kursus-kursus boleh disediakan mengikut tahap kemampuan masing-masing dan tidak terlalu teknikal.

Menurut beliau, segala yang rakyat perlu tahu atau patut tahu mengenai hak dan tanggungjawab mereka, kedudukan orang Melayu dan Islam serta Raja-Raja Melayu semuanya tersurat dengan seimbang di dalam Perlembagaan.

“Pakar-pakar perundangan Perlembagaan memberitahu kita bahawa Perlembagaan Malaysia adalah sebuah dokumen organik yang unik yang memperlihatkan kebijaksanaan luar biasa dari segi keadilan, keseimbangan dan matlamat jarak jauh negara.

“Saranan saya bagi membangun kembali keyakinan rakyat dan perpaduan nasional adalah dengan memberi tumpuan kepada beberapa tonggak penyatuan yang kita cipta,” tambahnya.

Cadangan yang diutarakan Omar, pertama, pelaksanaan secara serius tanpa kompromi, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyatukan semua rakyat dan juga menjadi bahasa ilmu pengetahuan.

Walaupun bahasa-bahasa lain dibenar penggunaannya tetapi Bahasa Melayu mesti diutamakan dalam semua keadaan, rasmi atau tidak rasmi.

“Selepas hampir 54 tahun merdeka semua orang harus menerima Bahasa Melayu sebagai lambang penyatuan dan darah daging mereka,” tegas beliau.

Cadangan Omar yang kedua menyentuh mengenai sistem pendidikan nasional yang dikatakannya mestilah dilaksanakan dengan tegas berasaskan semangat tersurat dan tersirat Penyata Razak.

Dalam hal ini, sekolah kebangsaan wajib diberi prioriti dari segi infrastruktur, keguruan dan kelengkapan yang terbaik selain diadakan pengajaran Bahasa Inggeris serta Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang teratur.

Dengan demikian, kata Omar sekolah kebangsaan akan dapat menarik lebih ramai ibu bapa Cina dan India menghantar anak-anak mereka bermula daripada sekarang.

“Sekolah kebangsaan akan menjadi sekolah nasional atau sekolah perdana dalam erti kata yang sebenar di mana semua anak Malaysia belajar bersama serta bersaing di bawah satu bumbung yang melambangi perpaduan.

“Kita harus menjalani satu muhasabah nasional berhubung perpaduan nasional.

“Kita bangun atau jatuh sebagai satu bangsa bergantung kepada kebijaksanaan kita mengurus kerukunan hidup masyarakat kita,” kata Omar.

Menurut beliau, rakyat Malaysia sebetulnya mempunyai banyak kekuatan sebagai satu bangsa umpamanya kepelbagaian kaum dan budaya dengan kepandaian masing-masing, peramah dan punya toleransi yang tinggi dan tradisi hidup bersama dengan aman dan harmoni.

“Semua ini adalah aset yang wajib digembleng untuk perancangan membangun perpaduan yang lebih kental.

“Dalam suasana pancaroba dan tidak kestabilan di seluruh dunia, Malaysia bagi saya ialah satu oasis kebahagian. Negara ini indah dan kaya.

“Saya sayang dan bangga dengan watan saya ini dan berdoa tidak akan timbul apa-apa malapetaka yang dapat merosak kestabilan dan keharmonian rakyatnya,” katanya.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674