#PRKCameronHighlands: BN ada peluang pertahan kerusi - pakdin.my

KEMPEN Pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands memasuki hari terakhir hari ini menyaksikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut turun ke kubu kuat pembangkang di Sungai Koyan bagi membantu calon Pakatan Harapan (PH) dari DAP, M Manogaran.

Dr Mahathir turun menyampaikan ucapan di hadapan masjid Sungai Koyan menyerang Datuk Sri Mohd Najib Razak dan meminta orang Melayu tidak lagi mengundi BN kerana UMNO sudah berkubur.

Kehadiran Dr Mahathir sudah dijangka berikutan kempen oleh pemimpin Pakatan Harapan lain di DUN Jelai tidak mendapat sambutan langsung dari pengundi. Sepanjang menjadi Perdana Menteri Dr Mahathir tidak turun ke PRK; kecuali Port Dickson kerana mahu menunjukkan sokongan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim.

Mahathir tidak turun berkempen pada tiga PRK sebelum ini iaitu PRK DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong. Semasa kali pertama menjadi Perdana Menteri juga Mahathir tidak turun ke mana-mana PRK.

Tindakan PH menurunkan Dr Mahathir saat akhir menunjukkan keterdesakan mereka bagi meraih sokongan orang Melayu dan bumiputera lain. PH begitu yakin akan membolot undi India dan Cina tetapi akan kehilangan banyak undi bumputera.

Namun tindakan ini  tidak banyak dapat mempengaruhi pengundi kerana beliau lebih banyak menyerang Najib Razak dan UMNO berbanding calon BN atau menjanjikan apa-apa perkara baru kepada pengundi di Cameron Highlands.

Sumber BN yakin mereka dapat mengekalkan kerusi ini berikutan penampilan kali pertama calon Ramli Mohd Nor dari etnik orang Asli dalam pilihan raya negara. Dengan sokongan Pas, BN berharap untuk menang dengan majoriti sekitar 1000 undi.

“Kita yakin akan menang jika tiada taktik kotor dari PH yang menguasai kerajaan Persekutuan. Ini kerana kita dengar ada usaha mempengaruhi pengundi orang asli melalui cara yang tidak demokratik termasuk ura-ura menamatkan perkhidmatan tok-tok batin yang tidak menyokong PH”, kata sumber terbabit.

PRK Cameron Highlands pada 26 Januari ini bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran; Ramli Mohd Nor dari Barisan Nasional (BN) serta dua calon Bebas iaitu bekas pensyarah kanan Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib serta petani tempatan, Wong Seng Yee.

Pada PRK kali ini, seramai 32,009 orang layak mengundi termasuk 247 pengundi awal, 12 pengundi tidak hadir serta 385 pengundi kurang upaya.

Ia diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lalu mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei tahun lepas, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

PRK ini adalah yang kelima setelah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan tiga pilihan raya sebelum ini adalah melibatkan DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong di Selangor serta PRK Parlimen Port Dickson.-SUARA.TV

Lagi berita PRK Cameron Highlands:
https://pakdin.my/tag/prk-cameron-highlands

UTAMAPILIHAN RAYA#PRKCameronHighlands: BN ada peluang pertahan kerusi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium