Spekulasi Azmin ganti Wan Azizah, kenapa Anwar, Mahathir & Azmin marah sangat? - pakdin.my

Marah benar Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Dr Mahathir mengenai spekulasi pelantikan Azmin sebagai Timbalan Perdana Menteri. Bukan sahaja ada panggilan kepada editor akhbar supaya menarik berita tersebut, malah ada kolumnis menulis mengecam akhbar yang membuat spekulasi tersebut.

Walaupun berita tersebut bersumberkan blog, namun ia jelas spekulasi yang ada asas.

Ini kerana sudah ada cakap-cakap dalam kumpulan Azmin Ali bahawa kedudukan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak lagi relevan.

Wan Azizah tidak lagi memegang jawatan tertinggi parti. Oleh kerana Anwar menolak sebarang jawatan dalam kabinet sebelum mengambil alih pentadbiran, maka Azmin adalah orang paling layak menduduki kerusi nombor dua.
[adinserter block=”1″]
Kepada mereka yang maki hamun dan marah-marah wartawan ingatlah, pada 1998, sebaik pulang dari percutian panjang luar negara, Dr Mahathir menegaskan Anwar Ibrahim bakal menggantikannnya.

Mahathir juga menganggap khabar angin yang disebarkan ketika itu sebagai agenda jahat pihak tertentu merosakkan ekonomi dan politik negara.

Beberapa bulan kemudian iaitu pada 2 September 1998, Anwar Ibrahim dipecat.

Dalam politik tiada spekulasi yang mustahil. 🙂

https://pakdin.my/tag/azmin-ali

UTAMAPOLITIKSpekulasi Azmin ganti Wan Azizah, kenapa Anwar, Mahathir & Azmin marah sangat?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium