AES dah dapat sijil Halal atas arahan DAP - pakdin.my

Jadi tindakan Mahfuz Omar dan yang bersama beliau serta MahaCai Pakatan Harapan menentang pemasangan dan saman AES suatu masa dahulu adalah bertentangan dengan syariah.

Mereka harus bertaubat kerana mengharamkan yang halal.
……..
Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan saman yang dikeluarkan bertujuan menjaga nyawa pemandu serta penumpang kenderaannya, keselamatan pengguna dan harta benda yang ada di atas lebuh raya menepati maqasid syariah dalam Islam.

Naib Presiden Parti Amanah Negara, Hasanuddin Mohd. Yunus berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan perbualan beliau dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Harapan Jumaat lalu.
[adinserter block=”13″]
“Sebelum mesyuarat, saya sempat beramah mesra dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook. Kesimpulan perbualan kami adalah menepati maqasid syariah apabila pemasangan AES dan saman yang dikeluarkan bertujuan menjaga nyawa pemandu itu sendiri serta penumpang kenderaan, keselamatan pengguna serta harta benda yang ada di atas lebuh raya itu.

“Tanpa ketegasan kerajaan, ia akan membuat pemandu leka memandu dengan laju seenaknya sahaja,” kata Hasanuddin dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada 8 Februari lalu.
[adinserter block=”1″]
Hasanuddin yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat juga berkata, kerajaan tidak menjadikan saman sebagai idaman tetapi sekadar ketegasan agar pemandu berhati-hati ketika memandu.

Menurutnya, Anthony juga telah mengesahkan alat dan kamera yang digunakan bukan sembarangan tetapi mempunyai sijil kelulusan dan kadar kesilapan yang sangat minima.

“Walaupun telah ada golongan yang mengapi-apikan kebencian terhadap kerajaan dalam urusan AES, rakyat Malaysia yang ikhlas dan waras secara senyap akhirnya menghargai usaha murni kerajaan ini,” kata Hasanuddin.

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/aes

UTAMAPOLITIKAES dah dapat sijil Halal atas arahan DAP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium