Rejim PH buat polisi menyusahkan petani kemudian Menteri berlakun menangis - pakdin.my

Khabarnya Menteri menangis baca warkah ini. Mengapa menangis? Bukankah ia polisi yang dibuat Menteri? Memang #zalim

————————————————-
Warkah Wak Ibas Buat Menteri Pertanian

Assalamualaikum WBT,

Ke hadapan YB yang dihormati, semoga dirahmati Allah SWT.

Pertama sekali, terima kasih sebab sudi terima surat pak cik ini.

YB, pak cik ini dah berpuluh tahun buat sawah. Itulah sumber pak cik cari makan.

Tapi bila YB jadi menteri, YB potong subsidi baja kami. YB tahu tak kami ini susah.

YB sebagai menteri pertanian sepatutnya jaga kebajikan kami. Ini tidak, elaun sara hidup nelayan pun YB potong.

Sudahlah mereka ini tertindas. Bersabung nyawa tengah laut, tapi terpaksa jual murah.
[adinserter block=”1]
Sedangkan dekat pasar harga ikan bukan main mahal. YB nampak tak semua ini?

YB, itu baru cerita padi dan ikan. Untuk pengetahuan YB, petani lain pun ramai kecewa.

Baik yang buat sawit, getah, semua gelisah harga jatuh.

Yang buat cili, yang buat kambing semua pening hasil tak laku. Sebab cili Vietnam dan daging import terlampau murah.

Kalau terus macam ini YB, baik YB tukar saja slogan “Pertanian suatu Perniagaan”. Tukar jadi “Kita import je hasil pertanian”.

Biar semua tahu, tak ada untung buat pertanian.
[adinserter block=”1]
YB, pak cik luahkan ini, bukan nak marah. Cuma nak YB betul-betul faham apa yang kami rasa di bawah ni.

Akhir kata, kalau YB betul-betul ikhlas nak bantu kami, simpanlah elok-elok surat ini.

Pak cik akhiri dengan memohon maaf kalau terkasar bahasa.

Insya-Allah, pak cik tetap doakan YB berjaya.

Wassalam.

Ikhlas dari isi hati,
Haji Ibas bin Hamud
Parit 10, Sungai Besar, Selangor

http://pakdun.my/tag/petani

[adinserter block=”1]
[adinserter block=”13]

UTAMAPOLITIKRejim PH buat polisi menyusahkan petani kemudian Menteri berlakun menangis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium