Mat Sabu Tiada Pendirian – Tindakan Makan Diri Sendiri. - pakdin.my

KUALA LUMPUR 28 Ogos — Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengangkat pengganas komunis sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara akhirnya membuktikan mainan politik kotor yang dilakukannya selama ini telah memakan diri sendiri.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan pemimpin No. 2 Pas itu juga telah membuka ruang kepada rakyat untuk menilai sifat sebenar pemimpin itu.

Menurutnya, kenyataannya itu bukan sahaja mencetus kemarahan rakyat pelbagai kaum tetapi mereka juga mulai menyedari corak permainan politik Mohamad selama ini.

“Sekarang siapa yang rugi? Semua orang dah tahu siapa sebenar dia. Sebelum ini dia tidak pernah menyebut perkataan komunis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya kelmarin menyiarkan kontroversi yang dicetuskan Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu apabila mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Selain itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mat Sabu turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Sementara itu, di Kuala Selangor, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Mohamad Sabu sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian kerana sanggup mengeluarkan apa sahaja kenyataan demi menjaga kedudukan politiknya.

Beliau berkata, ini terbukti kerana Mohamad Sabu cuba mengambil hati pihak tertentu.

Menurut Ahli Parlimen Tanjung Karang itu, Mohamad Sabu juga tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak tahu menghargai jasa serta pengorbanan orang lain dan telah mengguris hati banyak pihak terutama para pejuang zaman komunis yang masih hidup dan ahli keluarga pejuang yang telah terkorban ketika itu.

“Saya tidak tahu bagaimana orang seperti Mat Sabu yang tidak tahu menghormati dan menghargai perjuangan orang lain boleh dipilih menjadi Timbalan Presiden Pas,” kata Noh kepada pemberita di Masjid Kampung Sri Tiram Jaya di sini, hari ini. – Utusan Malaysia

UTAMABERITAMat Sabu Tiada Pendirian - Tindakan Makan Diri Sendiri.

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium