25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2020

85 Peratus Janji Pembangkang Tidak Ditunaikan

JOHOR BAHRU : Pakatan pembangkang gagal menunaikan lebih daripada 85 peratus janji kepada rakyat yang ‘ditabur’ mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan kajian yang dibuat, kerajaan negeri di bawah kepimpinan pakatan pembangkang hanya berjaya menunaikan tidak lebih 15 peratus daripada keseluruhan janji yang dibuat.

“Mereka sudah diberi peluang untuk memerintah negeri tetapi tidak dapat melaksanakannya, macam mana kononnya mereka mahu diberi peluang menuju ke Putrajaya?” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Terbau, Datuk Abdul Halim Suleiman. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) sehingga kini sudah berjaya menunaikan lebih daripada 87 peratus janji yang dibuat sejak pilihanraya umum pertama 1959 ketika di bawah Parti Perikatan.

Beliau mengakui terdapat kelemahan sebanyak 13 peratus dalam menunaikan janji yang dibuat dan tidak mustahil pekara itu akan dibawa ke Pilihan Raya Umum Ke 13 tidak lama lagi dan meminta rakyat menilai sendiri serta menolak parti yang disifatkan sebagai pembohong kerana tidak menunaikan manifesto pilihan raya.

Katanya, kerjasama tiga parti dalam pakatan pembangkang adalah ibarat perkahwinan mutaah yang bersifat sementara kerana mereka hanya memerlukan satu sama lain pada waktu pilihanraya dan hubungan tersebut tidak bertahan lama disebabkan agenda masing-masing yang berbeza.

“Kita lihat seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang, DAP cuba menguasai lebih daripada dua pertiga kerusi di sana selain mahu menjadi parti tunggal di negeri itu.

“Adalah lebih baik PKR dan PAS meninggalkan DAP dan menjadi entiti berasingan kerana mereka tidak jujur dalam menterjemahkan kesepakatan yang terjalin dan kaedah yang sama juga akan dilakukan jika mereka menguasai Putrajaya,” Katanya lagi.

#Petikan Utusan Malaysia

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

Drama pemilihan Ketua Menteri Sabah belum tamat, Zahid bertegas

KOTA KINABALU – Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan