Halal atau tidak daging, ikan diberi makan sisa babi? - pakdin.my

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya membentuk undang-undang bagi memastikan makanan haiwan adalah halal.

Sementara itu, pengguna Islam dinasihatkan supaya tidak memakan daging sehinggalah undang-undang berkenaan dilaksanakan,

Penggunaan sisa haiwan dari rumah sembelihan sebagai bahan mentah dalam makanan haiwan sudah menjadi amalan biasa. Darah dan tulang telah lama digunakan sebagai sumber protein dalam makanan haiwan kerana ia berkhasiat, murah dan mesra alam.

Di Malaysia, penggunaan sisa haiwan dalam makanan haiwan telah menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan dan kehalalan daging daripada haiwan yang diberikan makanan seumpamanya.

Sejak 2006, terdapat pelbagai laporan media mengenai amalan memberi makan haiwan yang boleh dipertikaikan. Misalnya laporan mengenai ikan yang diternak dalam kolam diberi makan usus babi benar-benar mengejutkan pengguna Islam di negara ini.

Pada 2009, sesetengah pengusaha menternak ikan keli untuk ‘membersihkan’ air kumbahan dari ladang babi.

Pada 2010, kajian pihak berkuasa Pertanian dan Pemasaran Persekutuan  (Fama) dan Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati 40 peratus pengeluar makanan haiwan di negara ini menggunakan campuran bahan bersumber haiwan dalam makanan haiwan hingga menimbulkan keraguan mengenai kehalalan haiwan yang diberi makan makanan seumpamanya.

Pada 2013, seorang penternak ikan didapati bersalah memberi makan usus babi kepada ikan patin ternakannya. Dalam satu kes lain, tengkorak dan tulang haiwan ditemui pada dasar kolam ikan akibat tangki septik pecah. Selepas diuji, sampel tulang itu didapati mempunyai DNA babi.
[adinserter block=”1″]
Begitu juga, beberapa buah restoran di negeri ini berhenti menjual hidangan ikan patin untuk mengelak daripada menghidangkan makanan yang tidak halal kepada pengguna Islam.

Agak mengejutkan, satu lagi kes hampir sama telah dilaporkan di Perak selepas beberapa bulan. Dalam kes ini, keseluruhan bangkai babi digunakan sebagai nutrien untuk ikan Tilapia yang diternak.

Sementara itu menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, haiwan yang diberi makanan yang tidak halal adalah haram. Bagaimanapun perkara ini dimansuhkan oleh Jakim menerusi Manual Prosedur Pengesahan Halal, yang menyebut makanan haiwan terletak di bawah kategori produk yang tidak dapat disahkan.

Malaysia sudah meluluskan Akta Makanan Haiwan 2009 pada Mac 2013 bagi mengawal industri terbabit. Akta ini menjelaskan syarat umum dalam memantau kualiti makanan haiwan melalui kawalan pengimportan, pengeluaran, penjualan serta penggunaan makanan haiwan dan bahan tambahan. Ini bagi memastikan makanan baiwan tersebut memenuhi keperluan nutrisi untuk haiwan, dan tidak dicemari bahan berbahaya.
[adinserter block=”13″]
Pada Ogos 2012, Kerajaan Persekutuan mewartakan Peraturan-peraturan Makanan Haiwan 2012 yang turut termasuk peraturan bagi pengeluaran dan penjualan makanan haiwan dan bahan tambahan dalam makanan haiwan, melabel pengimportan pelesenan, kaedah menganalisis dan pemberian ubatan.

Sungguhpun terdapat peraturan khusus berhubung isu-isu makanan haiwan di Malaysia, tiada satu pun peraturan berkenaan mengetengahkan isu-isu makanan haiwan yang Halal dari segi ramuannya, pemprosesan, pengeluaran, pengangkutan dan penyimpanan. Kerangka perundangan dan peraturan semasa berhubung makanan haiwan di Malaysia tidak mempedulikan sama sekali isu Halal makanan haiwan. Ia mestilah memasukkan keperluan Halal bagi pengeluaran, pengimportan, penghasilan, penjualan dan penggunaan makanan haiwan.
[adinserter block=”18″]
Sehubungan itu, CAP menggesa pihak berkuasa agar:

— meminda Akta Makanan Haiwan 2009 untuk turut memasukkan unsur halal di dalam penyediaan, pemprosesan, pengeluaran dan penyelenggaraan makanan haiwan.

— meminda Manual Prosedur Pengesahan Halal, untuk turut memasukkan makanan haiwan sebagai salah satu produk yang disahkan oleh Jakim  di bawah skim pengesahan sijil halalnya.

— mengeluarkan Standard Halal bagi penyediaan, pengeluaran, pelabelan, pengedaran dan penyelenggaraan bagi membolehkan pengeluar makanan haiwan menjamin produknya adalah Halal.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAHalal atau tidak daging, ikan diberi makan sisa babi?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium