[Video] Da Ma Cai: Guan Eng nafi kenyataan sendiri - pakdin.my

Mustahil Lembaga Totalisator Malaysia terima dana dari Da Ma Cai saja. Jadi apa keperluan sebut Da Ma Cai saja dan kemudiannya menafikan. Lembaga ini ditubuhkan bagi mengawal aktiviti perjudian nombor ramalan berasaskan lumba kuda yang berlesen.

Sebelum ini Lim Guan Eng sendiri cakap lawatan Ketua Pilis Negara dan pegawai PDRM ditaja oleh syarkat perjudian Da Ma Cai, Hari ini beliau menafikan ada mengeluarkan kenyataan tersebut.

Sila lihat kembali 2 video berkaitan.

LIHAT Video: https://www.youtube.com/watch?v=B8S0ZWvWJgI

…….
22 Februari 2019
Guan Eng nafi lawatan KPN ditaja Da Ma Cai

KUALA LUMPUR- Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menafikan lawatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Hassan bersama beberapa pegawai kanan yang lain ditaja secara langsung oleh syarikat judi.

Jelasnya, lawatan ke Turki itu ditaja oleh Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.

“Wartawan tanya siapa yang taja, saya jawab Lembaga Totalisator Malaysia.

“Kemudian awak tanya lagi, kenapa Kementerian Kewangan tidak tahu, saya jawab Lembaga Totalisator Malaysia mempunyai akta sendiri di mana ahli-ahli lembaga pengarah boleh meluluskan sesuatu cadangan tanpa merujuk kepada Kementerian Kewangan terlebih dahulu.

“Awak tanya lagi, dari mana mereka dapat dana, saya jawab Lembaga Totalisator Malaysia mendapat dana daripada syarikat judi berkenaan,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Sumber: https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/22/guan-eng-nafi-lawatan-kpn-ditaja-da-ma-cai/
…………..

13 Feb 2019
Lawatan polis ke Turki ditaja Da Ma Cai, kata Guan Eng

Lawatan sambil belajar polis diketuai Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun ke Turki dibayar oleh syarikat loteri Da Ma Cai, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata walaupun lawatan itu diluluskan Lembaga Totalisator – sebuah agensi bawah Kementerian Kewangan – perbelanjaannya bukan daripada kerajaan.

“Dana bukan daripada Kementerian Kewangan.

“Sumber dana daripada Da Ma Cai, sebuah syarikat ramalan nombor. Mereka tidak dapat sesen daripada kita,” katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari ini.

Lembaga Totalisator ditubuhkan di bawah Akta Perlumbaan (Lembaga Totalisator) 1961 untuk mengawal dan menyelia semua perjudian lumba kuda di Malaysia.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/463848

……………….

Rujukan:

KPN Nafi Lawatan PDRM Ke Turki Ditaja Syarikat Judi
https://pakdin.my/kpn-nafi-lawatan-pdrm-ke-turki-ditaja-syarikat-judi/

UTAMAPOLITIK Da Ma Cai: Guan Eng nafi kenyataan sendiri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium