32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Ibu Kota Lengang, Trafik Lancar Menjelang 1 Syawal

Jalan Tun Razak berdekatan bangunan Tabung Haji

 

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Menjelang 1 Syawal yang dijangka disambut esok, suasana di ibu kota semakin lengang manakala keadaan trafik di Lembah Klang pula lancar berbanding kesesakan teruk tiga hari lepas.

Tinjauan Bernama di Plaza Tol Sungai Besi, Lebuhraya Utara Selatan dan Plaza Tol Jalan Duta di Lebuhraya Utara-Timur juga mendapati jumlah kenderaan mula berkurangan hari ini.

Seorang pengguna jalan raya yang ditemui Bernama, Liyana Yusoff, 26, mengakui keadaan lalu lintas menjelang sambutan Aidilfitri kali ini agak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.

“Saya dalam perjalanan balik ke Melaka dari Bandar Tun Razak (Cheras), dan mendapati jalan raya tidak dipenuhi kenderaan seperti Sabtu dan Ahad lepas. Tahun ini memang agak berlainan,” katanya yang bekerja di syarikat swasta.

Beliau juga berharap keadaan lalu lintas yang tidak sesibuk seperti tahun-tahun sebelum ini turut mengurangkan kadar kemalangan.

Sementara itu Maisara Ahmad, 42, yang memulakan perjalanan balik kampungnya di Taiping, Perak hari ini, berkata beliau memilih hari ini untuk memandu pulang kerana yakin keadaan trafik bertambah lancar.

“Walaupun masih sibuk, tapi keadaan trafik lancar setakat ini,” katanya.

Bagi penjawat awam Mazlan Abdul Hamid, beliau memulakan perjalanan selepas menyemak jadual yang diperkenalkan PLUS Expressway Berhad (PLUS) bagi memastikan tidak terperangkap dengan kesesakan.

“Melalui jadual perjalanan PLUS saya mendapati plat kereta saya berakhir dengan nombor ganjil dan boleh bertolak pada waktu tengah hari ini,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di sekitar Pudu Sentral mendapati orang ramai semakin berkurangan manakala kaunter tiket pula lengang.

Penjual tiket bas Kesatuan Ekspres yang hanya mahu dikenali sebagai Sharifah, 41, berkata tiket bas untuk musim perayaan kali ini tidak banyak yang dijual.

Katanya hanya bas menuju ke utara beroperasi esok.

Bagi seorang pelajar, Nurul Syazwa Azmi, suasana balik kampung pada saat akhir lebih menyeronokkan kerana selain perjalanan yang lancar, bas juga tiba tepat pada masa yang dijadualkan.

“Saya berasa seronok dapat pulang berjumpa keluarga di Sungai Petani, Kedah,” katanya menambah keterujaan balik kampung saat-saat akhir lebih dirasai berbanding jika balik lebih awal.

Warga kota menunggu bas pulang berhari raya di Pudu Sentral

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan