Lebih 100,000 serikan rumah terbuka PM dan jemaah menteri (video) - pakdin.my

Rumah terbuka PM

PUTRAJAYA: Lebih 100,000 orang menyerikan sambutan Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana sempena sambutan Aidilfitri hari ini.

Mereka yang hadir terdiri daripada diplomat asing, pemimpin parti-parti politik, pelancong asing dan warga tempatan yang disajikan dengan pelbagai juadah serta dihiburkan dengan pelbagai persembahan yang melambangkan semangat 1Malaysia.

Majlis yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri itu bermula pada jam 12 tengahari dan berakhir pada pukul 6 petang.

Orang ramai mula membanjiri pekarangan Seri Perdana sejak jam 11 pagi untuk sama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri bersama pemimpin negara.

Cuaca mendung pada sebelah pagi tidak sedikit pun menjejaskan perjalanan majlis mahupun kunjungan orang ramai yang berbaris panjang untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, serta barisan kabinet negara.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Antara orang kenamaan yang menyerikan majlis sambutan ini ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Rosmah turut menyerikan majlis apabila menyanyikan beberapa lagu untuk tetamu khas pada majlis itu.

Beberapa artis tempatan turut serta dalam majlis itu antaranya Dafi, Nubhan dan Aisyah.

Antara juadah yang disajikan termasuklah makanan tradisional masyarakat Melayu, Cina, India dan pelbagai kumpulan etnik yang lain.

UTAMABERITALebih 100,000 serikan rumah terbuka PM dan jemaah menteri (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium