UtamaMungkinkah Jus Daun Betik...

Mungkinkah Jus Daun Betik Penawar Demam Denggi? - pakdin.my

Gambardari http://hanieliza.fotopages.com/Banyak diperkatakan mengenai jus daun betik dan pegaga atau nama saintifiknya ‘Centella Asiatica” yang dikaitkan sebagai penawar untuk mengubati demam denggi.

Adalah dilaporkan ramai orang mengambil jus daun betik atau pegaga untuk meningkatkan bilangan platelet dalam darah apabila mengidap demam denggi.

Kajian terbaru oleh sekumpulan penyelidik universiti tempatan dan asing mendapati daun betik jenis Carica mungkin merupakan penawar untuk menyembuh demam denggi.

Kajian itu yang diasaskan dan diterajui oleh Dr S.Kathiresan dari Universiti AIMST menunjukkan serbuk dari daun betik mengandungi bahan yang dapat melepaskan dan atau menghasilkan thrombocytes (platelet).

Dr Kathiresan berkata daun betik mengandungi vitamin kompleks yang tinggi yang mungkin membantu sumsum tulang meningkatkan penghasilan platelet darah dengan pantas.

“Demam denggi terus merupakan ancaman kesihatan utama di Malaysia selepas wabak denggi tercetus kali pertama pada 1902. Penyakit akut ini disebabkan virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang bertindak sebagai pembawa virius denggi.

“Kesan utama virus ini adalah ke atas penghasilan platelet. Biasanya, satu sel platelet bertahan antara lima dan 10 hari dan tubuh manusia kemudian menambah lagi apabila diperlukan,” katanya dalam temubual dengan Bernama baru-baru ini.

Katanya virus denggi memusnahkan keupayaan badan menghasilkan platelet baru semasa tempoh virus itu terpendam di dalam badan pesakit.

“Kiraan platelet sel darah merah bagi orang biasa berbeza antara 150,000 hingga 250,000 mm3 dan selepas dijangkiti virus denggi, kiraan platelet mula menurun.

“Kiraan platelet sel darah merah kurang daripada 100,000 mm3 memerlukan rawatan segera dan di bawah 50,000 mm3 boleh membawa maut,” katanya.

Penurunan kiraan platelet mencegah pembekuan darah dan ini boleh mendorong kepada hemoragik, yang mengakibatkan pendarahan luaran dan dalaman, katanya.

Sebaik sahaja denggi berdarah bermula, keadaan itu hampir sukar diubah, katanya.

Dr Kathiresan berkata minat dalam buah tropika itu bermula dengan eksperimen mudah dengan memcuci dan membersihan kotoran pada daun betik jenis Carica.

Daun tersebut kemudian ditumbuk menjadi serbuk dalam minyak kelapa sawit dan ramuan sebanyak 15mg diberi kepada lima ekor tikus disusuli kiraan platelet haiwan kecil itu dikaji.

Katanya selepas 72 jam kiraan platelet adalah tinggi secara ketara, menandakan peningkatan sel darah putih dan platelet yang memulihkan pembekuan dan membaikpulih hepar.

Berikutan hasil positif uji kaji itu, Dr Kathiresan berkata potensi terapeutik penawar disiasat dengan mengasingkan dan mengenal pasti ramuan aktif bagi menghasilkan formula sesuai yang bertanggungjawab bagi melepas dan atau menghasilkan platelet dalam tubuh manusia.

Kajian enam bulan itu berjudul “Bilangan Thrombocyte dalam tikus selepas diberi daun betik,” diterbitkan pada Oktober 2009 dan projek itu dibiayai oleh Universiti AIMST dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Dalam kajian itu, Dr Kathiresan dibantu oleh Dr Surash Ramanathan, Dr Sharif M. Mansor dan Dr Mas Rosemal M.H. Haris dari USM serta Walther H. Wernsdorfer dari Universiti Perubatan Vienna, Austria.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah anggaran 2.5 bilion penduduk atau dua perlima populasi dunia, menghadapi risiko penyakit denggi dengan jangkitan sehingga 50 juta orang setiap tahun di seluruh dunia.

Berkaitan

Baca Juga

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU