Azizan Bertegas Mampu Teruskan Tugas Menteri Besar - pakdin.my

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan, kesihatan beliau berada dalam keadaan baik dan mampu menjalankan tanggungjawabnya mengurus pentadbiran negeri dengan sempurna.

Ia sekaligus menafikan laporan akhbar yang menyatakan kepimpinan PAS sedang mengambil tindakan untuk menggantikannya, disebabkan masalah kesihatan.

Bagaimanapun Datuk Seri Azizan, yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara Julai lalu, berkata beliau akur jika kepimpinan PAS membuat keputusan untuk menggantikannya.

Laporan akhbar hari ini menyebut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan akan menghadap Sultan Kedah, berhubung peralihan kepimpinan kerajaan negeri.

Beberapa nama turut dicadang bagi menggantikan Datuk Seri Azizan.

Antaranya Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai) .

 

UTAMABERITAAzizan Bertegas Mampu Teruskan Tugas Menteri Besar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium