Lindungi rumah urut: Ketua balai polis, pegawai bomba antara ditahan

KUALA LUMPUR — Seorang ketua balai polis antara 16 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima wang sogokan untuk melindungi premis urut di sekitar ibu kota.

Sumber SPRM berkata kesemua suspek dipercayai menerima sogokan itu daripada pemilik premis urut dan ditahan di 16 lokasi sekitar Lembah Klang.

“Kesemua mereka ditahan sekitar jam 10 hingga 5 petang ini hasil risikan kami sejak tiga bulan lepas,”  katanya kepada Bernama di sini.

Katanya, seramai 40 pegawai SRPM terlibat serbuan itu dan daripada jumlah 16 yang ditahan, tujuh adalah penjawat awam manakala sembilan adalah orang awam.  

Mereka ditahan kerana disyaki melindungi sindiket berkenaan dan menerima rasuah, katanya.

Sumber itu berkata antara penjawat awam yang ditahan adalah dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pegawai bomba dan penyelamat dan ketua sebuah balai polis.

“Difahamkan premis urut yang menggunakan khidmat wanita warga asing itu pernah diserbu oleh Jabatan Imigresen pada Sabtu lepas,” katanya.

Menurut sumber itu, kumpulan suspek itu menerima wang sogokan itu secara bulanan dengan bayaran minimum RM1,000 setiap bulan.

Sumber berkata wang berkenaan adalah sebagai perlindungan premis mereka tidak diganggu dan dipercayai terdapat perantara yang akan mengambil wang itu daripada pemilik premis berkenaan pada setiap bulan.

Sementara itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi, mengesahkan kesemua tangkapan berkenaan.

“Ya, kesemua suspek ditahan di SPRM Putrajaya serta disiasat mengikut Seksyen 16 dan Seksyen 17 Akta SPRM 2009,” katanya sambil menambah reman akan dimohon daripada mahkamah hari ini. — Bernama

MENARIK

BERKAITAN

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...