Bumiputera tak pandai urus kewangan, tiada rundingan terus terutama dengan syarikat milik Melayu – Mahathir - pakdin.my

Masyarakat Bumiputera tidak cekap menguruskan kewangan mereka dan suka berbelanja barangan yang tidak perlu, kata perdana menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu sepatutnya sedar bahawa hanya melalui perniagaan mereka boleh berkembang maju dan perlu mempunyai disiplin, lapor Focus Malaysia.

“Apa alternatifnya? Setakat yang saya perhatikan, Bumiputera bukan berorientasikan perniagaan, sementara komuniti lain sangat berorientasikan perniagaan,” katanya dalam wawancara akhbar itu.

“Bumiputera masih tidak tahu cara mengendali atau uruskan wang, kerana wang pada mereka adalah sesuatu yang perlu dibelanjakan, bukan untuk melabur.

“Jadi, walaupun mereka meminjam wang untuk modal, sebahagian daripadanya dibelanjakan untuk membeli benda yang tiada kaitan dengan perniagaan.”

Katanya disebabkan itu kuota pegangan 30 peratus Bumiputera dalam syarikat-syarikat tersenarai adalah perlu.

Beliau kini meletakkan harapan kepada golongan muda Bumiputera yang menunjukkan pencapaian dalam bidang itu.

Katanya kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga memutuskan untuk tidak melakukan rundingan secara langsung dengan syarikat-syarikat terutamanya milik Melayu.

https://pakdin.my/tag/bumiputera

UTAMAEKONOMIBumiputera tak pandai urus kewangan, tiada rundingan terus terutama dengan syarikat milik...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium