Setiausaha Politik Salahuddin Ayub direman empat hari - pakdin.my

PUTRAJAYA – Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani direman empat hari berhubung dakwaan menerima suapan berbentuk jam tangan dianggarkan bernilai RM28,000.

Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman lelaki berusia 47 itu sehingga Jumaat ini.

Terdahulu, lelaki itu tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini pada pukul 9.10 pagi dengan berbaju reman SPRM.

Semalam, suspek tersebut ditahan pada kira-kira pukul 5 petang di Ibu Pejabat SPRM di sini ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai menerima jam tangan mewah itu sebagai dorongan membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek-projek di bawah kelolaan kementerian terlibat.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Dalam pada itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dalam kenyataan semalam juga mengesahkan Setiausaha Politik beliau telah ditahan oleh pihak SPRM untuk siasatan.

Tegasnya, beliau tidak akan campur tangan berhubung penahanan itu di samping akan membiarkan perkara tersebut diadili oleh undang-undang dan Setiausaha Politiknya juga sama seperti rakyat Malaysia lain iaitu tertakluk kepada undang-undang.

Menurutnya lagi, beliau berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang serta yakin dan percaya bahawa SPRM akan menyiasat kes itu dengan adil dan bebas.

https://pakdin.my/salahuddin-ayub

UTAMABERITASetiausaha Politik Salahuddin Ayub direman empat hari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium