Felda Bakal Hancur? - pakdin.my

Warga Felda mula melaungkan “PH bakal jahanamkan Felda” sejak kebelakangan ini. Perkara tersebut semakin meniti dibibir mereka ekoran kegagalan PH mentadbir institusi tersebut. Janji-janji manis PH ketika Pilihan Raya Umum ke 14 lalu bukan sahaja tidak ditunaikan malah PH dilihat sedang “menjahanamkan” Felda yang menjadi periuk nasi dan sumber kekayaan sebilangan besar orang Melayu.

Keadaan Felda kini lebih teruk setelah diambil alih oleh Pakatan Harapan. Pengerusi yang kononya dari golongan korporat dilihat telah menghancurkan Felda. Menteri yang menjaga Felda pula sibuk hendak menjadi Perdana Menteri.Bantuan sara hidup dikurangkan malah dengar khabarnya aset milik Felda didalam dan luar negara hendak dijual dengan harga rendah.

Baru-baru ini pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Felda meluahkan rasa kecewa, malah hilang sabar setelah 10 bulan kerajaan PH masih tidak membawa sebarang pelan rancangan pemulihan Felda, sebaliknya bayaran pinjaman sara hidup pula diturunkan.

Memetik artikel dalam Utusan Malaysia: (NGO Felda Hilang Sabar – http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ngo-felda-hilang-sabar-1.871166):
Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF), Mazlan Aliman berkata, pihaknya menggesa pengurusan tertinggi Felda menarik balik pekeliling mengenai penurunan bayaran pinjaman sara hidup yang didakwa bercanggah dengan janji manifesto PH.

Sejak beberapa penggal yang lalu, Mazlan Aliman sangat vocal mengkritik pentadbiran Barisan Nasional. Kini beliau mengkritik PH pula apabila menyedari PH telah gagal dengan teruk menjaga kepentingan peneroka Felda.

Warga Felda kini terkilan dengan kerajaan PH. Penurunan kadar bayaran pinjaman sara hidup adalah satu pengkhianatan kerana kadar yang ditetapkan sekarang adalah perjanjian antara peneroka dan pihak Felda sejak sekian lama.

Kertas Putih FELDA dijangka mendedahkan ‘kecurangan’ serius kewangan agensi itu serta cadangan penambahbaikan akan dibentang Rabu depan. Namun pasti seperti yang berlaku pada Felcra, pembentangan kertas putih ini dilihat akan lebih banyak berlaku penipuan mengenai Felda.

Desas desus yang bertiup kencang mengatakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali tidak berani membentangkan kertas Putih FELDA. Tugas tersebut dengar-dengarnya akan diserahkan kepada Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin. Menurut penganalisis politik, Azmin Ali bertindak sedemikian kerana beliau berangan mahu jadi PM. Mungkin itu sekadar cakap-cakap nakal politik namun hakikat sebenarnya hanya Azmin Ali yang tahu samada beliau “berangan” mahu jadi PM.

Perkara yang paling penting, adakah PH bakal menjahanamkan Felda? Jika benar maka warga Felda yang mengundi PH pada PRU14 yang lalu telah melakukan dosa terhadap nenek moyang mereka yang berhempas pulas menjadi peneroka generasi pertama. My TV Online

UTAMAPOLITIKFelda Bakal Hancur?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium