Rantau telah bersuara dan membuat pilihan mereka - pakdin.my

Kami berdepan dengan gergasi-gergasi dari Pakatan Harapan yang mempunyai jentera kerajaan Persekutuan dan Negeri selain sumber dana yang besar.

Mereka menggunakan pelbagai taktik termasuk menabur duit dan berkempen melampaui batas undang-undang pilihan raya, berbanding dengan Barisan Nasional yang berbekalkan khemah, kipas dan motosikal.

Kita tidak lupa pemberian kupon makanan, taktik kotor menaikkan banner berunsur perkauman tetapi menyalahi BN, laungan provokasi menakutkan pengundi seolah-olah penyatuan ummah adalah ala Taliban, kempen meminta undi daripada kaum tertentu kerana calon mereka daripada kaum yang sama, dan sebagainya.

Ditambah pula janji-janji palsu, manis dan mengaburkan pertimbangan pengundi seperti janji ECRL di Rantau, dan ceramah demi ceramah yang mengutuk Barisan Nasional sedangkan kegagalan Malaysia sepanjang 12 bulan lepas adalah akibat ketamakan kroni dan kelemahan pengurusan mereka.

Tindakan mereka mengungkit kisah dan sejarah lama kewangan peribadi Tok Mat juga amat keji dan bagaikan begitu terdesak, sedangkan diketahui umum bahawa Tok Mat adalah tokoh korporat yang amat berjaya sejak sekian lama sebelum menyertai politik.

Sampai tahap begitu politik Malaysia jatuh kepada.

Terima kasih kepada semua pengundi Rantau yang kekal memberikan keyakinan kepada Tok Mat dan Bariasn Nasional untuk mewakili tuan-tuan dan puan-puan semua.

Mesej rakyat jelas. Suara Tok Mat di arena politik diperlukan dan mereka mahu Barisan Nasional kukuh menentang kezaliman Pakatan Harapan yang hari ini sudah melupakan kesusahan rakyat malah mula menekan dengan pelbagai cukai baru dan penarikan bantuan di kala keadaan ekonomi yang lembab.

Ramai telah dan bakal hilang pekerjaan.

Sebilangan besar perniagaan menghadapi kesukaran membayar pekerja dan hutang syarikat akibat pendapatan yang semakin berkurangan.

Saya ulangi apa yang saya sering katakan.

Jangan kita beri peluang kepada Kerajaan hari ini sekadar bercakap kosong demi undi.

Saya ambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemimpin, ahli dan sukarelawan dalam jentera Barisan Nasional yang telah berkempen sepanjang masa ini.

Sudah tentu kita berjaya hari ini kerana penyatuan bersama rakan-rakan kita dari PAS, kesemua pemimpin tertinggi dan ahli-ahli yang turut menyumbang tenaga dan membantu kita di setiap PDM.

Terima kasih!

Barisan Nasional mara setapak lagi hari ini, hasil sokongan dan restu daripada rakyat.

Kami bangkit bersama rakyat.

Kerana sememangnya itulah semangat, asas pertubuhan dan perjuangan kami di Barisan Nasional.

Rakyat semua yang dikasihi, ini kemenangan mu!

Hidup rakyat!

Facebook Najib Razak

https://pakdin.my/tag/prk-rantau

https://pakdin.my/tag/najib-razak

UTAMANAJIB RAZAKRantau telah bersuara dan membuat pilihan mereka

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium