UtamaNASIONALJaket Kalis Peluru Tak...

Jaket Kalis Peluru Tak Mampu Selamatkan Allahyarham Noramfaizul – Datuk Dr Alwi Abdul Rahman - pakdin.my

DATUK DR ALWI ABDUL RAHMAN / KETUA PERUBATAN

Pemakaian jaket kalis peluru tidak dapat menjamin keselamatan jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor kerana saiz peluru yang digunakan adalah besar dan mampu menembusi jaket tersebut, kata ketua pasukan perubatan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia Datuk Dr Alwi Abdul Rahman.

Beliau berkata peluru yang mengenai Allahyarham adalah besar, dan menjejaskan dua organ penting mangsa iaitu jantung dan paru-paru.

“Walaupun pakai vest tapi masih boleh tembus. Peluru itu memasuki grey area… masuk dari armpit dan tembus ke bahu. Selepas terkena tembakan itu dia langsung tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita selepas tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, dekat sini.

Dr Alwi merupakan salah seorang daripada 55 anggota misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia termasuk Allahyarham Noramfaizul yang maut Jumaat lepas akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu.

Beliau berkata pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan jurukamera tersebut termasuk bantuan awal oleh pasukan paramedik Australia yang berada di hotel penginapan Allahyarham.

Dr Alwi berkata beliau tiba dari tempat penginapannya kira-kira tiga minit sebaik dimaklumkan, dan mengambil alih tugas merawat mangsa yang kritikal dari pasukan paramedik tersebut.

“Kita beri bantuan pernafasan dan lakukan apa saja untuk menyelamatkan Allahyarham sedaya-upaya, tetapi peluru itu telah menembusi paru-paru dan jantung. Kita juga menerima kerjasama yang baik daripada paramedik Australia,” katanya.

Semasa rawatan, Allahyarham langsung tidak memberi sebarang respons dan tidak bergerak, katanya.

“Dia tidak sedarkan diri dan hilang banyak darah. Kita dah sedia nak derma darah jika perlu sebab kita dah kenal pasti jenis darah anggota misi. Peralatan kecemasan yang kita ada di situ pun mencukupi tapi kita memang tidak dapat buat apa-apa,” katanya dalam nada sebak.

Katanya usaha menyelamatkan Allahyarham berlangsung dalam suasana pilu memandangkan arwah adalah sahabatnya dan mereka pernah mengikuti beberapa misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia sebelum ini.

Pendarahan Dalaman Sangat Serius
Secara klinikal, pendarahan dalaman  yang sangat serius menyebabkan kematian Noramfaizul, yang juga Ketua Misi Media.

Menurut Ketua Perubatan Misi Kemanusiaan berkenaan, Datuk Dr Alwi Abdul Rahman, tembakan peluru sesat itu menembusi paru-paru dan jantung mangsa menyebabkan rawatan dari pasukan doktor Malaysia sukar dilakukan.

DATUK DR ALWI ABDUL RAHMAN / KETUA PERUBATAN
Di sana kes tu telah dibawa ke klinik khas yg dikelolai oleh pihak Aussi, South Afrika, Amerika tu dan di sana mereka telah memberi rawatan awal. Tapi bila kita sampai ke sana, kita buat primary and secondary assestment memang saya difahamkan masa tu beliau tidak lagi bergerak.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion...

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...