90 peratus anggota Kabinet mahu ratifikasi Statut ROM - pakdin.my

Hampir semua menteri atau 90 peratus anggota Kabinet mahu kerajaan meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), lapor The Star.

Laporan memetik sumber berkata mesyuarat Kabinet semalam berbincang perkara itu secara mendalam selama beberapa jam dan semua memberi pandangan masing-masing.

Sumber berkata ada beberapa menteri bersetuju agar ia digugurkan demi menjaga Pakatan Harapan dalam kerajaan malah sokongan pengundi Melayu juga kurang pada pilihan raya lalu.

“Sebanyak 90 peratus anggota Kabinet mahu meratifikasi Statut Rome kerana ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata sumber seperti dilapor.

“Ada juga berhujah ia akan mengangkat kedudukan integriti Malaysia di peringkat antarabangsa, tetapi ada juga menteri rasa kami perlu menarik diri demi mengekalkan kuasa.”

Sumber mengandaikan situasi sebagai “izin dalam paksa” macam memaksa seseorang untuk berkahwin dan kami menarik diri disebabkan tekanan.

Dalam pada itu Menteri Luar, Saifuddin Abdullah berkata I keputusan Kabinet menarik diri dari meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) merupakan langkah politik bagi mengelak risiko kerajaan cuba digulingkan oleh tangan ghaib, kata menteri luar.

https://pakdin.my/tag/statut-rom

UTAMAPOLITIK90 peratus anggota Kabinet mahu ratifikasi Statut ROM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium