UtamaNASIONALRemaja Perempuan Yang Ditemui...

Remaja Perempuan Yang Ditemui Mati Dibakar Ketika Masih Hidup - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan remaja perempuan yang ditemui mati dalam keadaan 80 peratus rentung di tepi jalan berhampiran sebuah loji kumbahan di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang semalam dibakar ketika mangsa masih hidup.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, hasil bedah siasat mendapati tiada kesan luka pada tubuh badan mangsa yang dipercayai berusia 17 hingga 18 tahun itu kecuali kesan kebakaran.

Beliau berkata, mangsa dipercayai mati akibat kebakaran serius di bahagian hadapan tubuhnya selain dibakar di bahagian bahu, dada, muka dan bawah pusat.

“Namun kita sedang menunggu keputusan penuh Jabatan Kimia bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa dan juga identitinya,” kata beliau kepada para pemberita di pejabatnya di sini, Selasa.

Beliau berkata, profil mangsa menunjukkan dia adalah seorang berkulit kuning langsat, berambut lurus paras bahu dan mempunyai ketinggian 162cm, memakai rantai tangan emas di pergelangan tangan kiri serta memakai subang emas halus.

Amiruddin menambah, mangsa turut memakai pakaian yang dibuat daripada kain nipis dipercayai baju kurung berwarna hijau dan bercorak hitam.

“Mangsa bagaimanapun dilihat seperti tidak berpakaian kerana pakaian mangsa turut hangus terbakar di bahagian hadapan dan hanya tinggal cebisan kain di bahagian belakang badannya.

“Minyak tanah dipercayai digunakan sebagai bahan untuk membakar mangsa kerana terdapat bau minyak tanah di cebisan kain dan juga lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, tempoh kematian mangsa dan sama ada mangsa mati dibakar di lokasi itu atau di tempat lain belum dikenalpasti.

Amiruddin meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga seperti yang dinyatakan agar tampil ke Balai Polis Ampang Jaya atau yang berhampiran bagi membantu siasatan dan proses pengecaman mayat.

Beliau berkata, semalam polis menerima empat laporan orang hilang dan satu daripada mereka telah membuat pengecaman tetapi hasilnya negatif manakala yang lain akan melakukannya dalam masa te

Berkaitan

Baca Juga

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU