Aktivis pelajar anjur forum Statut Rom, jemput TMJ - pakdin.my

Sekumpulan aktivis mahasiswa akan menganjurkan forum bagi menjelaskan kekeliruan tentang Statut Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sehingga Putrajaya menarik diri daripadanya.

Gabungan Pembebasan Akademik  berharap Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tengku Ibrahim Sultan Ismail hadir dalam forum terbuka yang akan diadakan di Universiti Malaya (UM).

“Kalau dia mahu saya dengan gembiranya saya jemput dia datang,” kata presiden Asheeq Ali Sethi Alivi kepada pemberita di UM.

Forum dianjurkan sembilan mahasiswa yang membocorkan dokumen yang disediakan empat ahli akademik kepada Majlis Raja-Raja.

Dua daripada empat ahli akademik itu, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Prof Shamrahayu Ab Aziz dan pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Fareed Mohd Hassan dijemput sebagai panelis, namun mereka menolak.

Dua lagi timbalan naib canselor Universiti Teknologi Mara dan pensyarah fakulti undang-undang Prof Datuk Rahmad Mohamad serta pensyarah undang-undang USIM Hisham Hanapi masih belum memberi jawapan.

Sementara peguam negara Tommy Thomas setuju untuk hadir sebagai ahli panel.

https://pakdin.my/tag/statut-rom

UTAMABERITAAktivis pelajar anjur forum Statut Rom, jemput TMJ

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium