UtamaPOLITIKSetelah U-Turn terkini, kerajaan...

Setelah U-Turn terkini, kerajaan wajar telus menjawab 4 persoalan mudah berhubung ECRL - pakdin.my

Kerajaan Pakatan Harapan telah memeterai perjanjian baru dengan kerajaan China untuk meneruskan pembinaan projek ECRL. Jika sebelum ini kos pembinaan ECRL adalah RM65.5 bilion, kini telah dikurangkan kepada RM44 bilion.

Sepertimana kata Presiden MCA, pengurangan kos ini tidaklah menghairankan kerana jajaran baru ini tidak lagi akan melalui kawasan Bentong yang memerlukan pembinaan terowong melalui kawasan bukit sepanjang 18 kilometer, pengurangan jarak dan beberapa buah stesen serta lanjutan tempoh pembinaan dari jangkaan awal pada tahun 2024 kepada 2026.

Walau bagaimanapun, perjanjian baru ini juga menimbulkan banyak persoalan yang memerlukan jawapan yang ikhlas dari kerajaan.

1) Jika sebelum ini operasi dan penyelenggaraan ECRL selepas siap adalah 100% kendalian syarikat milk kerajaan (MOF Inc), perjanjian baru menyaksikan perkara ini akan dikongsikan secara bersama (50:50) dengan syarikat China. Harus diingatkan pengangkutan adalah aset strategik negara. Kalau dulu China lebih mirip kontraktor pembina dan peminjam dana sahaja – itupun dulu mereka tuduh kita jual negara. Sekarang sudah jadi rakan kongsi dalam pengoperasian. Adakah dengan perkongsian 50:50 ini akan meletakkan aset strategik negara ini dalam apa-apa risiko pada masa hadapan?

2) Kerajaan masih belum memuktamadkan jumlah pinjaman yang akan diperolehi dari China-EXIM Bank. Kerajaan sendiri telah mengakui bahawa perjanjian sebelum ini hanya merangkumi kos pembinaan Fasa 1 berjumlah RM39 bilion. Bilakah jangkaan perjanjian baru akan dibuat dan adakah terdapat kemungkinan kadar faedah akan dinaikkan dalam perjanjian baru nanti?

3) Jajaran baru tidak lagi akan melalui kawasan Bentong dan Gombak yang sebelum ini merupakan kawasan yang dijangka mendapat ‘ridership’ yang paling tinggi. Jadi apabila laluan diubah melalui Negeri Sembilan, berapakah jangkaan ‘ridership’ harian ECRL apabila siap kelak?

4) Perdana Menteri sebelum ini pernah menyatakan kerajaan pernah ditawarkan kos pembinaan ECRL berharga RM10 bilion sahaja. Apa yang telah terjadi dengan tawaran ini dan mengapakah ianya tidak diterima oleh kerajaan?

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi sebarang kata dua kepada PAS sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi...

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada...

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis...

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang...

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari...

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...