Buai elektrik ragut 32 nyawa bayi ditarik balik dari pasaran - pakdin.my

SYARIKAT pengeluar permainan kanak-kanak, Mattel membuat panggilan balik terhadap alat tidur bayi Fisher-Price Rock N’ Play Sleeper yang dijual di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat (AS), Australia dan New Zealand.

Jurucakap Mattel berkata alat tidur bayi itu tidak lagi dijual di pasaran Australia sejak 2012.

Pihak Mattel mengesahkan panggilan balik itu terpaksa dilakukan kerana meletakkan keselamatan kanak-kanak sebagai keutamaan tertinggi mereka selama hampir 90 tahun.

“Sejak kebelakangan ini, beberapa soalan dibangkitkan tentang keselamatan Rock ‘n Play Sleeper. Kami berpegang kepada keselamatan produk kami.

“Bagaimanapun, selepas beberapa insiden dilaporkan melibatkan produk itu digunakan bertentangan dengan arahan dan amaran keselamatan, kami memutuskan untuk membuat pemanggilan balik Rock ‘n Play Sleeper secara sukarela dengan kerjasama Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna,” menurut kenyataan itu.

Pemanggilan balik secara rasmi itu dikeluarkan selepas Rock N’ Play Sleeper tidak lagi dijual oleh peniaga dalam talian di Australia.

Ia berikutan amaran oleh Suruhanjaya Pertandingan dan Pengguna Australia terhadap produk tersebut dan panggilan balik yang dijalankan di AS.

Fisher-Price Rock N’ Play Sleeper dikaitkan dengan 32 kematian bayi di AS dan disifatkan boleh membawa maut oleh Akademi Pediatrik Amerika.

Sebelum pemanggilan balik itu diumumkan secara rasmi oleh Fisher-Price Mattel, Rock N’ Play Sleeper sudah berhenti dijual oleh laman e-dagang seperti Amazon, Fishpond dan Ubuy Australia. – News AU

UTAMABERITABuai elektrik ragut 32 nyawa bayi ditarik balik dari pasaran

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium