Hutang kerajaan rejim Pakatan Harapan naik mencanak - pakdin.my

Akhirnya, Timbalan Menteri PH terpaksa mengaku di Dewan Negara bahawa hutang rasmi negara telah naik ke RM741 bilion (51.8% daripada KDNK) pada akhir tahun 2018 berbanding RM686.8 bilion (50.8% daripada KDNK) pada akhir tahun 2017.

(Sekarang hutang sudah mencanak naik ke RM785.2 bilion pada hari ini kerana kerajaan PH banyak meminjam pada suku pertama 2019 ini).

Ini membuktikan bahawa bukan sahaja hutang mutlak naik dengan banyak tetapi nisbah hutang juga meningkat di bawah PH.

Ini sekaligus membuktikan lagi bahawa PM ke-7 dan Menteri Kewayangan telah berbohong dalam Dewan Rakyat bahawa hutang negara telah turun di bawah kerajaan PH.

Tetapi, apa yang aneh dengan jawapan Timbalan Menteri dalam Dewan Negara semalam ialah kenyataan dia bahawa jumlah hutang campur liabiliti (tidak lagi dikatakan hutang sahaja kerana ini Dewan Negara) masih RM1.1 trilion.

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1719360

Bagaimana ini berlaku?

Inilah permainan PH sebelum PRU, ketika menang dan dah habis PRU pun masih temberang yang sama.

Menteri Kewayangan pernah diminta memberi butiran tentang “hutang RM1 trilion” pada sesi parlimen bulan Oktober tahun lalu.

Dia menjawab secara bertulis bahawa hutang RM1 trilion ini sebenarnya termasuk pembayaran pajakan sehingga tahun 2045!
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155670548100952
(kenapa tak guna sampai tahun 2100? Boleh kata hutang negara sebenarnya)

Jika mahu tengok lagi bukti, boleh baca butiran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewayangan semasa dia mula-mula tuduh hutang RM1 trilion di sini: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/guan-eng-dedah-perincian-hutang-rm1-trilion-176387

Kita boleh tengok hutang rasmi tahun 2017 yang digunakan olehnya semasa mengira hutang RM1.1 trilion adalah RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017.

Semalam kita diberitahu bahawa hutang rasmi telah naik dari RM686 bilion kepada RM741 bilion tetapi hutang negara tetap RM1.1 trilion.

Inilah permainan sebenar mereka! Berulang ulang guna angka 1 trillion sebab penyokong mereka masih kelabu akal dan taksub.

Hutang rasmi akan semakin meningkat di bawah PH tetapi jawapan propaganda untuk hutang negara mereka akan tetap RM1.1 trilion kerana pengiraan liabiliti sampai tahun 2045 itu boleh diubahsuai sesuka hati oleh PH.

Itulah sebab mereka awal-awal umumkan “hutang negara” adalah RM1.1 trilion.

Hutang rasmi negara boleh terus naik dengan cepat di bawah PH sehingga benar-benar cecah RM1 trilion (tidak lama lagi kerana inilah EndGame mereka) tetapi fakta ini boleh disembunyikan dengan mengubahsuai pengiraan liabiliti hingga tahun 2045 itu.

Propaganda “hutang negara” PH akan tetap RM1.1 trilion dan BN tetap boleh disalahkan. PH boleh terus menipu.

Licik tak?

Raykat suka benda macam ini.

Facebook Najib Razak

UTAMAEKONOMIHutang kerajaan rejim Pakatan Harapan naik mencanak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium