Ancaman bom di IMU palsu, kuliah kembali seperti biasa - pakdin.my

Ancaman bom di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Bukit Jalil sehingga menyebabkan beratus pelajar diarah keluar tengah hari tadi adalah palsu.

Seorang pelajar memberitahu, mereka dibenarkan masuk semula ke dalam bangunan 5 petang tadi selepas siasatan polis selesai.

Pelajar yang enggan dikenali berkata, mereka diarahkan mengosongkan bangunan pada pukul 1.50 petang tadi dan dibenarkan masuk pada 4.10 petang.

Katanya mereka dimaklumkan ancaman bom itu adalah palsu.

Ketua polis daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon dalam kenyataan mengesahkan insiden itu.

“Kita menerima laporan itu dan siasatan sedang dibuat mengikut standard prosedur,” katanya.

UTAMABERITAAncaman bom di IMU palsu, kuliah kembali seperti biasa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium