Asri bidas Mahathir: Saya tak pasti siapa yang pekak - pakdin.my

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempertahankan kenyataannya bahawa ramai orang kini beranggapan Islam berada dalam keadaan tidak selamat di bawah pentadbiran kerajaan PH.

Beliau juga memulang paku buah keras terhadap kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad malam tadi bahawa tidak pasti siapa yang ‘pekak’ terhadap rungutan umat Islam itu. [1]

“Banyak berita pagi ini pasal kenyataan YAB Tun M: Mufti Perlis pekak sebab kritikan yang saya suarakan mempertahankan Islam kurang kedengaran dalam kalangan pimpinan kerajaan hari ini. Umat Islam rasa kurang selamat.

“Namun, sesiapa yang mampu mendengar keresahan rakyat, itulah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini.

“Saya tidak pasti siapa yang pekak,” kata Asri di Facebooknya hari ini.
Malam tadi, Mahathir menafikan dakwaan Mohd Asri bahawa kedudukan Islam semakin tidak selamat di bawah PH. 

“Pasal dia ‘pekak’. [2]

“Kalau dia boleh dengar, dia boleh dengar kita buat macam-macam untuk orang Islam, untuk Islam. Tapi dia tak dengar,” sindir Dr Mahathir.

Pegang pada falsafah
Kenyataan awal Mohd Asri dikeluarkan selepas pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, ditangkap awal pagi semalam atas dakwaan menghina Hindu dalam satu ceramah.

Untuk rekod Muhammad Zamri ialah orang yang dekat dengan pendakwah dikehendaki kerajaan India, Dr Zakir Naik.

Mohd Asri adalah antara orang yang dilihat rapat dengan Zakir.
Kata Mohd Asri penangkapan Muhammad Zamri menunjukkan masyarakat Islam semakin “dibuli” oleh kerajaan PH. 

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata tindakan Mahathir membalas tegurannya itu mungkin kerana terguris disebabkan hubungan baik terjadin di antara mereka berdua selama ini.

Dalam catatan itu juga, Mohd Asri turut memuat naik gambar tulisan tangan Mahathir untuknya dalam buku tulisan perdana menteri, A Doctor In The House.

Antara yang ditulis: Jangan ketepikan kebenaran kerana takut. Perjuangan yang bebas dari cabaran dan tentangan bukanlah perjuangan yang sebenarnya.

“Insya-Allah saya akan berpegang kepada falsafah itu sekali pun terhadap kerajaan pimpinan Tun M sendiri,” kata Asri.

[1] Facebook Dr Maza
https://www.facebook.com/279290772989/posts/10157312715152990/

[2] Mufti Perlis ‘pekak’, kata Mahathir
https://pakdin.my/mufti-perlis-pekak-kata-mahathir/

UTAMAPOLITIKAsri bidas Mahathir: Saya tak pasti siapa yang pekak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium