Gali terowong demi intip bekas awek, lelaki 50 tahun sesak nafas terpaksa diselamatkan bomba - pakdin.my

SEORANG lelaki terpaksa diselamatkan selepas dia terperangkap dalam terowong yang digali sendiri.

Lebih mengejutkan, terowong itu digali untuk membolehkan dia mengendap bekas teman wanitanya.

Cesar Arnoldo Gomez, 50, menghabiskan beberapa hari menggali terowong di Puerto Panasco, utara Mexico kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan itu.

Dia sebelum ini sudah diberi arahan daripada mahkamah agar menjauhi bekas kekasihnya, Griselda Santillan, 58, sejak beberapa tahun lalu.

Menurut laporan beberapa portal berita, dia menggali terowong itu untuk mengintip sekiranya wanita itu sudah menemui pengganti dirinya.

Pada Khamis lalu, wanita itu menghubungi bomba selepas mendengar bunyi bising di belakang rumahnya.

Lelaki itu dikatakan terperangkap selama 24 jam didalam terowong berkenaan sebelum dibawa ke hospital.

Dia mengalami sesak nafas dan kekurangan air dalam badan. – Mirror.

UTAMABERITAGali terowong demi intip bekas awek, lelaki 50 tahun sesak nafas terpaksa...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium