Ringgit kekal aliran menurun berbanding dolar AS

Ringgit meneruskan aliran harga menurun pada Jumaat untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, susulan kurangnya permintaan dengan pelabur kekal berhati-hati menjelang pengumuman kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) esok.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.1460/1490 berbanding 4.1410/1440 pada penutupan Jumaat.

Pada mesyuarat 5 Mac lepas Jawatankuasa Dasar Monetari BNM memutuskan untuk mengekalkan OPR pada 3.25%.

Di pasaran luar, peniaga berkata, rundingan perdagangan AS-China berhadapan kebuntuan semula selepas White House mengancam untuk menaikkan tarif ke atas barangan China pada Ahad.

“Ini menyebabkan yuan China menyusut bersama-sama mata wang serantau lain, terutama pasaran pesat membangun.

“Ringgit ditambat pada prestasi yuan. Oleh itu, ketidaktentuan di rantau ini akan menyebabkan mata wang itu merosot,” katanya.

Ringgit juga didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0412/0440 daripada 3.0355/0379 pada Jumaat dan turun berbanding yen kepada 3.7429/7466 daripada 3.7142/7179.

Mata wang tempatan juga rendah berbanding pound British kepada 5.4317/4373 daripada 5.3792/3843 dan susut berbanding euro kepada 4.6406/6444 daripada 4.6185/6230.

Ringgit kekal aliran menurun
berbanding dolar AS

Kategori:

MENARIK

BERKAITAN

TERKINI

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...