UtamaPOLITIKMitos ECRL terbongkar

Mitos ECRL terbongkar - pakdin.my

KEJAYAAN Tun Daim Zainuddin meyakinkan kerajaan Malaysia dan China Commuications Construction Company Ltd (CCCC) untuk meneruskan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) merupakan satu hikmah yang tidak terduga.

Beberapa bulan lalu ada kerisauan juga bahawa projek ini akan dibatalkan dan menyebabkan pelbagai tuduhan dan dakwaan liar terhadap projek ini akan kekal dalam mitos rakyat Malaysia.

Mitos atau tahyul terbesar ECRL ialah projek ini dilaksanakan dengan harga berkali ganda tinggi bagi tujuan menyelamatkan 1MDB. Malah pada tahun lalu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan ada pihak bersedia membina ECRL dengan kos RM10 bilion sahaja.

Sebelum pilihan raya umum lalu Pakatan Harapan (PH) juga mendakwa kos pembinaan ECRL yang sebenar ialah sekitar RM30 bilion sahaja. Maka kerajaan lama dituduh menaikkan kos lebih RM25 bilion bagi membayar hutang 1MDB.

“Kos berlebihan sebanyak RM55 bilion ECRL ini merupakan cubaan untuk menyedut sehingga RM25 bilion untuk membayar hutang 1MDB, bagi menutupi puluhan bilion ringgit yang telah diubah secara haram di luar negara,” kenyataan bersama Tony Pua, Rafizi Ramli dan Dr Hatta Ramli (Roketkini, 15 November 2016).

Minggu lalu kerajaan mengumumkan penerusan projek ECRL dengan kos RM44 bilion setelah melalui proses perubahan reka bentuk dan pengurangan stesen. Ia sekali gus membuktikan kenyataan pemimpin PH bahawa ada unsur meningkatkan harga pembinaan bagi membayar hutang 1MDB adalah fitnah.

MRL turut menjelaskan kos asal bagi Fasa satu dan dua projek ECRL adalah RM65.5 bilion. Ini termasuk pembinaan landasan berkembar dan pembinaan Terowong Genting yang merentasi Banjaran Titiwangsa.

MRL juga menegaskan bahawa pengurangan kos ECRL didorong oleh pengurangan stesen dan keputusan untuk tidak membina terowong sepanjang 18km yang melalui banjaran Titiwangsa.

Pembinaan terowong tersebut sahaja mencecah RM10 bilion kerana ia mengambil kira konsep mesra alam sekitar dan tidak menganggu habitat sedia ada.

Jadi rupanya segala tuduhan dan dakwaan bahawa kerajaan lalu telah menaikkan harga kontrak bagi tujuan membayar hutang 1MDB adalah mitos dan tahyul sahaja. Apakah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan hari ini bersedia meminta maaf atas penipuan tersebut?

Namun kini yang lebih membimbangkan ialah persetujuan itu membabitkan satu lagi syarat baharu iaitu penubuhan syarikat usahasama bagi mengurus dan menyelenggara ECRL.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, “CCCC telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam operasi dan penyelenggaraan ECRL melalui sebuah syarikat usahasama yang akan ditubuhkan dengan pegangan 50:50 MRLSB dan CCCC (JV MRL-CCCC).”

“Kerjasama ini akan meringankan beban kewangan Malaysia, yang dahulunya terpaksa menanggung beban kewangan keseluruhan operasi dan penyelenggaraan projek tersebut.”

Kita boleh terima alasan kerajaan jika penubuhan JV MRL-CCCC ini merupakan satu usaha untuk mendapatkan pemindahan teknologi. Namun kita juga tahu pemindahan teknologi tidak pun berlaku ketika kerajaan membuat usahasama Proton-Mitsubihsi pada 1980-an.

Namun memberi alasan meringankan beban kewangan kerajaan sangat menghairankan. Ia memberi persepsi bahawa CCCC akan menanggung 50 peratus kos baik pulih dan kerugian ECRL.

Anda hanya boleh lihat model perjanjian pengurusan Lebuh Raya dan KLIA Express Rail Link untuk memahaminya. Jika model yang sama digunakan maka CCCC akan mendapat 50 peratus keuntungan syarikat pengurusan ini selama berpuluh tahun.

Syarikat konsesi atau pengurusan menerima jaminan pendapatan tertentu daripada kerajaan bagi membolehkan mereka menguruskan infra tersebut dan membuat keuntungan. Jika rugi pasti kerajaan kena membayar pampasan seperti mana berlaku kepada syarikat-syarikat pembinaan infrastruktur awam lain.

Dengan memberi CCCC 50 peratus saham dalam syarikat pengurusan ECRL ia akan menjamin keuntungan jangka panjang kepada syarikat terbabit. Ini membolehkan mereka mengurangkan keuntungan daripada pembinaan ECRL, sekali gus kerajaan mengumumkan penjimatan pembinaan.

Inilah syak wasangka sebahagian terhadap penubuhan usahasama pengurusan ECRL ini. Ia merupakan strategi kerajaan menunjukkan kejayaan menjimatkan kos pembinaan tanpa menjelaskan risiko masa depan.

Justeru kerajaan harus berterus terang apakah terdapat perjanjian untuk memastikan ada sokongan dana kerajaan jika syarikat usahasama ini kerugian atau tidak mencapai anggaran pendapatan yang sepatutnya?

Oleh Ab Jalil Backer

https://pakdin.my/tag/ecrl

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi sebarang kata dua kepada PAS sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi...

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada...

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis...

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang...

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari...

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...