Mufti Wilayah Persekutuan hari ini menjadikan kemenangan 4-0 Liverpool ke atas Barcelona tempoh hari sebagai contoh nilai-nilai positif.
Memberi gambaran perlawanan itu sambil menyebut nama pemain Liverpool, Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri menyifatkan kemenangan “The Kop” dalam separuh akhir Champion League membawa beberapa pengajaran.
Antaranya, beliau berkata sifat “over-confident” boleh memakan diri, semangat yang kental dan azam yang tinggi boleh mengubah sesuatu keputusan.
“Semangat berpasukan atau team-building adalah acuan yang terbaik dalam menempa kejayaan.
Sifat tidak mengalah dan berputus asa akan menatijahkan kejayaan yang luar biasa,” katanya di Facebook petang ini.
Facebook Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri
https://www.facebook.com/654227084641097/posts/2516303158433471/