Sifatkan “knock out blow” menunjukkan obsesi geli MenHEN terhadap Najib - pakdin.my

DAP telah menang besar di Sandakan. Tahniah kepada DAP.

Tapi, MenHEN sifatkan ini sebagai satu pukulan mati atau “knock out blow” kepada saya.

Padahal saya ke Sandakan untuk setengah hari sahaja dan sempat untuk memberi satu ceramah sahaja atas permintaan parti PBS untuk menolong mereka.

Terus digelar pukulan mati oleh MenHEN yang sekali lagi menunjukkan obsesi geli beliau terhadap saya.

Kit Siang telah berkempen berhari-hari di PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Cemeron Highlands.

Puluhan ceramah diberi oleh Kit Siang di sana.

Lalu PH tetap kalah juga walaupun Kit Siang telah kuat berkempen.

Tapi tak ada seorang pun dari BN yang angkuh sehingga menuduh bahawa semua kekalahan PH ini melambangkan pukulan-pukulan mati untuk Kit Siang.

Dengan logik yang sama, pasaran saham yang sudahpun diberi gelaran paling corot dalam dunia telah jatuh lagi pada minggu lepas kepada tahap paling rendah sejak 3 1/2 tahun dahulu.

Adakah ini juga melambangkan pukulan mati kepada anak MenHEN?

Dah knockout ke belum? Berapa kali sudah kena pukulan?

Namun, saya percaya parti PBS dan kami di BN akan mengambil iktibar dari PRK Sandakan ini untuk memperbetulkan segala kelemahan.

Tetapi apa yang pasti ialah semangat perjuangan kita tidak akan padam.

Facebook Najib Razak

UTAMABERITASifatkan "knock out blow" menunjukkan obsesi geli MenHEN terhadap Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium