23 gadis Rohingya dibawa ke Malaysia diselamat, nyaris jadi korban perdagangan manusia - pakdin.my

SERAMAI 23 gadis etnik Rohingya diselamatkan selepas dibawa dari kem pelarian ke Dhaka, Bangladesh untuk dihantar ke Malaysia menggunakan laluan udara, kata polis Bangladesh Ahad.

Polis Dhaka turut menahan empat ejen pemerdagangan manusia termasuk pasangan Rohingya dan menemukan lebih 50 pasport Bangladesh daripada mereka pada Sabtu.

Jurucakap polis, Mokhlesur Rahman berkata, mereka menyerbu sebuah kediaman di utara bandar itu dan mendapati kesemua remaja terbabit bersembunyi di sebuah bilik di belakang sebuah kedai jahitan.

“Mereka dijanjikan pekerjaan di Malaysia dan dibawa dari kem pelarian di Cox’s Bazar,” katanya kepada AFP, merujuk kepada kem Rohingya di daerah pesisiran pantai tenggara Bangladesh.

Pegawai itu berkata, remaja perempuan berusia antara 15 dan 19 berkenaan mungkin dipaksa terlibat dalam aktiviti pelacuran.

“Kita memfailkan kes terhadap empat individu yang ditangkap dan menghantar kesemua remaja kembali ke kem mereka di Cox’s Bazar,” kata Rahman. – AFP

UTAMABERITA23 gadis Rohingya dibawa ke Malaysia diselamat, nyaris jadi korban perdagangan manusia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium