PM Terharu Sambutan Luar Biasa Pengunjung Di Majlis Rumah Terbuka Malaysia - pakdin.my

Di pentas yang sama Perdana Menteri juga meluahkan rasa terharu dengan sambutan luar dugaan yang diberikan hampir  30 ribu pengunjung- walaupun bertempat di kubu kuat pembangkang – Permatang Pauh.

DATUK SERI MOHD. NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
Saya mengambil masa 30 minit untuk sampai…Sambutan yang cukup meriah disulami gema hari kemerdekaan

Perdana Menteri kemudian menyampaikan anugerah Tokoh Merdeka Pulau Pinang kepada empat tokoh yang mewakili tiga kaum utama di negeri ini.

Mereka ialah Pemimpin Tempatan Datuk Md Noor Ahmad, bekas Pesuruhjaya Wakaf Hindu Pulau Pinang,  Datuk A.Subramaniam, bekas Pengarah Urusan Akhbar Kwong Wah Yitt Poh, Datuk Oon Choo Eng dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang Datuk Seri Mohd Yusoff Abdul Latiff.

Beliau turut menyampaikan sumbangan bungkusan barangan keperluan asas kepada 10 orang golongan kurang berkemampuan dan menyampaikan netbook Satu Malaysia kepada 10 pelajar cemerlang.

UTAMABERITAPM Terharu Sambutan Luar Biasa Pengunjung Di Majlis Rumah Terbuka Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium