Pengguna Huawei masih dibenarkan menggunakan perisian Google - pakdin.my

Pengguna Huawei masih boleh menggunakan perisian Android dan Google.

Ia disahkan Android melalui satu kenyataan di Twitter, memaklumkan tiada sekatan dikenakan ke atas pengguna Huawei sedia ada.

Bagaimanapun, tiada kenyataan dikeluarkan mengenai kerjasama di antara kedua-dua syarikat itu di masa depan.

Sebelum ini, agensi berita BBC melaporkan Google menyekat Huawei daripada menggunakan perisian Google Play, Gmail, YouTube, Maps dan kesemua aplikasi yang bergantung kepada Google Play.

Sekatan Google ke atas Huawei dipercayai ada kaitan dengan ‘perang dagang’ antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Ia susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meletakkan Huawei sebagai syarikat senarai hitam untuk dagangan negara mereka, minggu lalu.

UTAMAGAYA HIDUPPengguna Huawei masih dibenarkan menggunakan perisian Google

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium