Jakim bantah wacana LGBT dirancang Oktober ini - pakdin.my

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membantah persidangan Gender dan Seksualiti yang akan diadakan Oktober ini.

Ketua pengarahnya berkata persidangan itu jelas mempromosikan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

“Aktiviti ini jelas mempromosi LGBT di Malaysia dan bertentangan dengan agama Islam serta Perlembagaan Persekutuan.

“Ia juga bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada 22 September 2018, yang menegaskan Malaysia tidak menerima gaya hidup LGBT untuk diamalkan.

“Justeru, Jakim berpendirian tegas bahawa program berkenaan tidak perlu diteruskan dan memohon agar pihak berkuasa yang berkaitan dapat mengambil tindakan yang bersesuaian,” coret Datuk Mohamad Nordin Ibrahim di laman Facebook miliknya hari ini.

Beliau berkata persidangan itu tidak mempunyai rakan kolaborasi dari Malaysia dan tidak menampilkan sebarang pembentang dari negara ini.

Katanya, persidangan itu menampilkan pembentang daripada kalangan aktivis transgender di peringkat antarabangsa iaitu dari Sri Lanka dan Amerika Syarikat.

https://pakdin.my/tag/lgbt

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAJakim bantah wacana LGBT dirancang Oktober ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium